Pada bulan lalu, jari kelingking pelakon Shahronizam Noor dilaporkan putus selepas pisau terlepas daripada pegangannya ketika memotong ayam di rumahnya.
Susulan itu, dia berasa terkilan apabila tiada wakil daripada Persatuan Seniman Malaysia untuk bertanya khabar selepas insiden putus jari kelingking.
Baca Juga:
- Diajak Mengejut Naik Pentas, Keberanian Lelaki Ini ‘Take Over’ Konsert Bunkface Terima Pujian Netizen
- Muat Naik Gambar Berkemban, Perkongsian Sharifah Sakinah Undang Kecaman Netizen
- YouTube ‘Banned’ Akhir Zaman, Bunkface Mahu Peminat Terus Sokong Perjuangan Mereka
Menurut laporan, Shahronizam berkata dia bukan mahukan bantuan tetapi berharap ada yang tampil bertanyakan mengenai keadaannya kerana dia sudah lama dalam industri seni.
“Kami bukan tidak mengenali antara satu sama lain. Saya tidak minta bantuan, cuma cukuplah jika bertanya khabar. Sekurang-kurangnya mereka ambil peduli sebab saya sudah lama, tetapi mereka tidak bertanya apa pun,” katanya.
Tambahnya, dia reda dengan insiden yang berlaku dan ianya tidak menjejaskan kerjaya lakonannya. Akan tetapi, dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana keadaan jarinya masih belum pulih.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengakui silapnya yang terlepas pandang mengenai perkara ini dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku.
Zed Zaidi juga berjanji akan menjadi lebih peka untuk menghubungi penggiat seni yang ditimpa musibah dan cuba untuk menghulur bantuan secara fizikal kepada mereka selepas ini.
“Saya bukan tak ambil tahu langsung, cuma ketika itu saya hanya mewakilkan seorang AJK daripada Seniman untuk mendapatkan maklumat Perkeso abang Shahronizam untuk tindakan selanjutnya. Tapi, saya difahamkan dia tidak membuat caruman.” ujar Zed Zaidi
Tambah Zed lagi, kini pihak Senimah sedang gigih memperkuatkan lagi usaha untuk mengumpul dana persatuan bagi membantu penggiat seni yang berdepan dengan masalah.