Beberapa hari ini, berlaku pertikaman lidah antara rakyat Malaysia dan Indonesia selepas tular sebuah video polis yang menahan kumpulan pemain bola sepak Indonesia yang melanggar peraturan.
Perkara ini menjadi hangat apabila Adam Alis mendakwa pihak anggota polis Malaysia meminta wang suapan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Jadi, ada yang mengunakan kenyataan palsu itu untuk meremehkan badan PDRM dan dijadikan hujah di dalam perbincangan internet.
Bagaimanapun, ada sebahagian netizen Indonesia sedia menangkis dakwaan tersebut dan berkongsi pengalaman sendiri berurusan pihak polis di Malaysia sepanjang tinggal di sini.
Salah satu tangkap layar, respon pengguna bernama @mahfudwaris berkata “Maaf ya mas boss, bukan aku nak bela polis Malaysia, aku di Malaysia sudah 23 tahun, memang di Malaysia itu begitu, polis selalu ronda dalam 24 jam.
Kalau ada yang salah ya tetap salah, bukan seperti di Indonesia yang peraturan boleh dinego, makanya masyarakat tempatan terbiasa disiplin, untung tidak disaman kalau memang benar-benar itu lawan arus.
Di sana polis sentiasa bersedia 24 jam untuk mengamankan masyarakat menerusi talian darurat 999. Telefon polis, 5 minit sudah sampai ke lokasi. Tidak seperti di Indonesia, lapor kejadian kecurain di pejabat, nak buru pencuri pun dah lenyap”.
Seorang lagi netizen yang mendakwa dirinya sudah menetap lebih 20 tahun di Malaysia juga berkongsi pengalamannya sendiri yang mana polis di sini tidak boleh dituduh sembarangan.
Baginya, pihak polis di Malaysia hanya menjalankan tanggungjawab dalam menegakkan peraturan yang ditetapkan.
Berdasarkan video tersebut, mereka telah diberhentikan kerana sudah melawan arus yang mana adalah satu kesalahan jalan raya. Prosedur biasa buat pihak berkuasa meminta pasport atau kad identiti dan menurutnya ini perkara yang biasa dipratikkan di mana-mana negara.
Oleh itu, dia meminta pemain boleh sepak itu untuk tidak menyamakan undang-undang Malaysia dengan Indonesia kerana jauh bagai langit dan bumi.
Oleh itu, di Malaysia tampil lebih tertib dan berdisiplin berbanding di negaranya sendiri. Dia menegaskan kalau anda memang sebahagian daripada anggota pasti tahu akan tentang undang-undang negara yang ditetapkan.
Dalam pada itu, ada yang membangkitkan tentang penggunaan kamera badan yang semakin meluas di dalam kalangan anggota polis Malaysia juga sebenarnya sudah membendung isu rasuah dan kalau benar terjadi, maka Adam Alis perlu mengemukakan bukti kukuh.

Perkembangan lain, pihak pihak polis menjalankan siasatan tuduhan anggota polis meminta wang ketika pemeriksaan dijalankan ke warga Indonesia tersebut baru-baru ini.