Pada hari semalam tular klip video seorang warga Indonesia, yang juga pemain bolah sepak mendakwa dirinya dianiaya oleh polis tempatan.

Sehubungan itu, pihak pihak polis menjalankan siasatan tuduhan anggota polis meminta wang ketika pemeriksaan dijalankan ke warga Indonesia tersebut baru-baru ini.

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya sudah membuka satu kertas siasatan bagi menjalankan siasatan lanjut ekoran daripada penularan beberapa video berkait perkara itu, petik Berita Harian.

“Hasil siasatan awal mendapati rakaman dibuat semasa pemeriksaan dijalankan oleh anggota URB terhadap sebuah kenderaan. Pemeriksaan dilakukan dengan tertib mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Semua individu yang diperiksa dilepaskan selepas pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Pada masa sama beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan atau tuduhan melulu yang boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menimbulkan kekeliruan awam.

Sumber