Kecoh baru-baru ini apabila Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Perpaduan tidak dihadiri oleh Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi dan tohmahan di kalangan orang ramai di mana beliau di dakwa berangkat ke Qatar bagi menonton perlawanan Piala Dunia 2022.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Terbaharu, menerusi laman Facebook rasmi Tengku Zafrul, beliau mendedahkan telah ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan bukannya Qatar seperti yang didakwa bagi program pemeteraian kerjasama antara Petronas dan ADNOC melibatkan negara Malaysia dengan UAE.
Turut hadir menyaksikan program bersejarah ini adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah; Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE; Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Industri & Teknologi Maju UAE merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC; dan Datuk Tengku Muhammad Taufik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS.
Kerjasama ini bakal menyaksikan dua syarikat ini meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 yang meliputi kawasan konsesi 2,000km persegi di wilayah Al Dhafra.
Diharapkan dengan peningkatan syairkat Malaysia yang menyerlah di pesada antarabangsa sekaligus bakal meningkatkan lagi tenaga mahir dalam negara sekaligus menaikkan ekonomi negara.