Pada hari semalam tular klip video di mana sebuah Nissan Almera dikejar penunggang motosikal apabila didakwa melarikan diri selepas tidak bayar cendol yang dimakan oleh sekumpulan remaja.

Memetik laporan terkini, kereta tersebut melarikan diri sepanjang Jalan Gombak dari arah Taman Sri Gombak menghala ke Sentul Point kerana pemandunya melanggar motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Baca Juga:

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.05 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta jenis Nissan Almera.

“Suspek melanggar bahagian sisi sebelah kiri motosikal jenis Yamaha LC135 seterusnya melanggar bahagian kiri sebuah Proton Saga,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau lagi, sehingga kini pemandu kereta terbabit masih belum tampil membuat laporan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, akaun X @AsalGombak berkongsi satu klip video menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah Nissan Almera.

Sumber