Meskipun sering didebatkan bahawa latar belakang akademik bukan penentu mutlak prestasi seseorang, realiti di lapangan menunjukkan jurang perbezaan yang ketara.

Kematangan berfikir dan etika profesional yang dipupuk melalui pendidikan tinggi sering kali menjadi faktor pembeza yang meletakkan golongan terpelajar di kelas yang tersendiri dalam dunia kerjaya.

Semuanya bermula dari perkongsian seorang peniaga wanita yang berkongsi pengalaman mengambil pelajar universiti sebagai pekerja sambilan di gerai ayam gepuknya.

“Adik adik ni cuti sem partime dengan kami. Aku ajar sekali jual makanan dkt cust. Cepat je dorg ni faham. Nanti aku kongsi diaorang ni amik kos apa.

“Yang penting ajar budak educated lebih mudah dan common sense. Sebelum ni diaorg suka beli ayam gepuk. Lepas tu diaorang jadi partime terus jual ayam gepuk,” tulisnya.

Dia turut turut memuji akan kesungguhan pelajar yang bekerja di gerainya bukan sahaja mampu menguruskan bisnesnya malahan rajin mencari jualan.

Turut Diakui Peniaga Lain

Menariknya, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Malah, ramai pemilik bisnes dan pekerja sektor F&B turut berkongsi pengalaman serupa.

Menariknya, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Malah, ramai pemilik bisnes dan pekerja sektor F&B turut berkongsi pengalaman serupa mengenai kualiti pekerja dalam kalangan mahasiswa.

“Betul, saya setuju. Team kru saya dulu pemegang ijazah dari UTeM. Walaupun nampak santai, tapi mereka pandai buat jualan. Saya boleh ulang-alik ambil stok niaga dan mereka boleh kendalikan kedai ‘from A to Z’,”* kongsi seorang pemilik bisnes.

Seorang lagi netizen menambah, “Dulu waktu mak saya buka kedai makan, ada budak universiti buat part-time. Mereka memang rajin dan cepat ‘pickup’. Paling penting, mereka faham bagaimana mahu memberikan servis terbaik kepada pelanggan.”

Rata-rata majikan mengakui bahawa pelajar yang sedang bercuti semester adalah pilihan terbaik untuk dijadikan staf kerana mereka menepati masa, kerja kemas, dan paling utama menjaga adab.

Beberapa pekerja F&B turut berkata “Secara jujurnya, orang yang tengah partime study sambil bekerja .. mereka paling  beradab dan cepat belajar dan jarang buat hal.

“Pengalaman masa kerja f&b dulu, memang yg pelajar partime lebih tepati masa, buat kerja kemas, beradab .”

Ternyata, ‘common sense’ dan adab adalah mata wang paling berharga dalam mana-mana industri, terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

Pujian melambung daripada para peniaga ini adalah pengiktirafan buat sistem pendidikan yang berjaya melahirkan modal insan yang bukan sahaja ‘cepat tangkap’, malah amanah dalam memikul tanggungjawab.