Diana Danielle menyatakan bahawa senyuman yang dia lemparkan kepada wartawan bukan tanda dia sedang bahagia.

Sebaliknya dia sedang berduka dengan apa yang berlaku. Namun dia kekal senyum kerana menganggap media sebagai rakannya – menurut laporan Xtra.

Diana Danielle dan Farid Kamil hadir ke mahkamah Syariah hari ini untuk kes rujuk dan cerai pasangan tersebut.

Buat masa ini, Farid Kamil dan Diana Danielle masih sah bergelar suami isteri kerana rujuk mereka sebelum ini adalah sah. Pasangan itu rujuk kembali pada tahun lepas.

Namun baru baru ini Diana  Danielle meluah di Instagram miliknya bahawa dia sudah tidak sehaluan lagi dengan Farid Kamil dan sudah nekad mahu bercerai.

Ini kerana menurutnya, Farid Kamil tidak menepati janji manisnya sebelum ini.

Bagi kes cerai yang difailkan oleh Diana Danielle, mahkamah menetapkan 2 Disember hadapan sebagai tarikh perbicaraan.

Farid Kamil masih tidak mahu bercerai dengan isterinya itu. Sepertimana yang dia katakan sebelum ini, dia akan berjuang untuk mempertahankan keluarganya.

Sebagai rekod, Farid Kamil dan Diana Danielle mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan tersebut dikurniakan dengan 2 cahaya mata.

Menurut Farid Kamil, dia tiada masalah berjumpa dengan anak anaknya setakat ini. Dan hubungan dia dengan anak baik seperti biasa.

Emosi anak anaknya juga dikatakan dalam keadaan baik baik sahaja menurut Farid Kamil.