Sebelum ini, tular gambar Syamsul Yusof bersama wanita bernama Irenee Deanna di platform TikTok hingga ramai membuat spekulasi bahawa pengarah itu hangat bercinta.

Susulan itu, dalam satu temu bual di Melodi, penerbit Datuk Yusof Haslam yang juga merupakan bapa kepada Syamsul Yusof menyatakan dia juga terkejut serta tidak tahu menahu mengenai spekulasi yang timbul itu.

Baca Juga:

Malah, dirinya serta isteri, Datin Patimah tidak tahu menahu berkenaan anak mereka sudah ada wanita lain biarpun usia perkahwinan bersama isteri, Ira Kazar belum cecah setahun.

Tambahnya, dia enggan masuk campur namun tidak menolak berkemungkinan itu adalah foto lama Syamsul dengan wanita terbabit.

“Syamsul dan Ira dah jadi suami isteri. Soal dia nak madu ke atau dimadukan, bukan urusan saya. Lagipun dah lama tak jumpa.” ujar Yusof.

Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan bahawa tindakan Datin Patimah menyukai foto wanita tersebut bukanlah tanda dia merestui ‘hubungan’ mereka seperti yang didakwa netizen.

Bahkan, dia turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang berkata dia serta isteri hanya mencari menantu yang setaraf sahaja.