Syamsul Yusof merupakan salah seorang pengarah yang ‘berjiwa kelajuan’. Sebahagian besar dalam filem-filem yang diarahnya pasti menampilkan kereta-kereta berkuasa tinggi sama ada supercar dari Itali atau JDM dari Jepun.

Baru-baru ini ketika Syamsul memandu Lamborghini Aventador Roadster miliknya berwarna Gold di sekitar Bukit Bintang, supercar berenjinkan V12 itu mengeluarkan asap sehingga pengarah filem itu terpaksa memberhentikan di tepi jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum insiden itu berlaku, Syamsul sempat melayan beberapa rider  yang memberhenti motosikal sebentar dan orang awam di kawasan berhampiran untuk selfie bersamanya.

Pada ketika itu juga, kelihatan Syamsul dan penumpang beberapa kali melihat paparan panel kluster dipercayai terdapat tanda amaran yang keluar.

Menerusi satu mesej VOCKET Car Club terima, seorang saksi yang berada di tempat kejadian, IG @realzeeq menyatakan kejadian tersebut berlaku pada malam Sabtu baru-baru ini.

“Saya pun antara yang selfie dengan beliau (Syamsul) sebelum kejadian. Polis yang jaga kereta beliau menyatakan insiden itu berlaku berpunca daripada radiator pecah,” terang @realzeeq kepada VOCKET Car Club.

Sumber Gambar: Instagram @realzeeq

Terdahulu tular beberapa klip video pendek TikTok di mana Syamsul Yusof memandu Lamborghini Gold dan melayan beberapa orang awam yang mahu selfie bersamanya.

Dalam satu video lain pula, beliau dengan tenang berjalan ke belakang keretanya yang sudah tersadai dan berasap.