Lamine Yamal bukan lagi pemain termuda memenangi piala antarabangsa.

Bintang Barcelona itu seelum ini membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024 paa usianya 17 tahun ketika itu.

lamine yamal

Lamine Yamal yang baru sahaja menandatangani kontrak 6 tahun dengan Barcelona menjadi salah seorang calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or. Dia mencetak 21 gol dan 22 assist musim ini.

Membantu Barcelona menjuarai La Liga. Dia juga dinobatkan Pemain Muda Terbaik Euro 2024. Dan beraksi dalam final Piala Negara Negara Eropah – tewas di tangan Portugal dalam final tersebut.

Pada Julai tahun lalu, Yamal membantu Sepanyol menewaskan England 2-1 pada final Euro. Membolehkan dia memintas Pele sebagai pemain termuda memenangi piala major antarabangsa.

Pele memenangi Piala Dunia pada 1958, pada usianya 17 tahun 249 hari. Lamine Yamal menang Euro ketika berusia 17 tahun 1 hari.

Dan hanya beberapa bulan kemudian, rekod istimewa itu telah dirampas seorang lagi pemain remaja dari Mexico, Gilberto Mora.

Gilberto Mora pemain termuda julang trofi antarabangsa

Mexico menang Piala Emas CONCACAF pada Ahad menewaskan Amerika Syarikat 2-1, hasil jaringan Raul Jimenez dan Edson Alvarez.

Di mana Raul Jimenez turut memberikan penghormatan kepada bekas rakan sepasukannya, Diogo Jota yang baru sahaja meningal dunia.

Seterusnya tumpuan terarah kepada pemain muda Gilberto Mora yang bermula dalam aksi final tersebut pada usia 16 tahun.

mora

Sebelum ini dia memegang 2 rekod dalam Liga MX. Pemain termuda mencetak gol dan pemain termuda mencipta assist dalam Liga MX pada usianya 15 tahun.

Kini Gilberto Mora memintas Lamine Yamal menjadi pemain termuda memenangi pertandingan major antarabangsa. Dia turut menjadi perhatian kelab kelab besar eropah selepas Piala Emas CONCACAF baru baru ini.

Pengurus Mexico memuji Mora: “Dia mencipta sejarah. Mora seorang remaja dengan mentaliti luar biasa. Dan dia adalah aset berharga negara ini.

mora

“Pemain muda yang baik hati, merendah diri, dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Saya boleh katakan dia sudah lulus ujian debutnya.