Pihak Bukit Aman ataupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan lelaki Israel yang ditahan di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu merancang serangan.

Sebelum ini warganet dikejutkan dengan berita seorang lelaki Israel menyeludup masuk ke negara ini dengan membawa enam pucuk senjata api.

Baca Juga:

Polis sebelum ini menjelaskan bahawa lelaki tersebut memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis.

Suspek bernam Shalom Avitan, 38, dilaporkan sedang mencari seorang lelaki Israel yang lain yang merupakan ketua keluarga kumpulan kongsi gelap dan mahu menyerangnya.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mahu melakukan serangan bersenjata. Ketuan Polis negara memuji kecekapan anggota polis yang berjaya menangkap Shalom sebelum dia melakukan perkara yang buruk di negara ini.

Dipetik daripada Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata: “Kalau (mungkin) hari raya nak buat kekacauan, kalau tak ditangkap, hari raya dia ‘havoc’, tak ke kacau (susah) kita? Itu yang saya nampak dengan (impak) enam senjata api.

“Dia (suspek) turun pun masa Ramadan, dan Hari Raya Aidilfitri tak berapa lama lagi. Nasib baik cekapnya anggota dan pegawai kita.

“Seperti yang sudah saya tegaskan sebelum ini, dia boleh mengancam keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, orang-orang kenamaan, diplomat asing, pemimpin-pemimpin Hamas atau rakyat negara ini sendiri.”

Bukit Aman enggan menerima bulat bulat alasan yang diberikan oleh lelaki Israel itu dan laporan media antarabangsa yang mendakwa dia mahu membunuh ahli gangster yang lain. Dan siasatan tentang pemilikan 6 pucuk senjata api serta 200 butir peluru masih disiasat.