Warga Israel, Shalom Avitan, dilaporkan datang ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah musuh kumpulan dianggotainya.

Memetik Berita Harian, portal The Times Of Israel melaporkan suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah bersaudara Musli Brothers.

Baca Juga:

Sementara itu Avitan dipercayai mempunyai misi untuk membunuh ‘Eran Haya’ iaitu ketua keluarga daripada kumpulan penjenayah musuh.

“Kedua-dua sindiket terbabit dalam perbalahan ganas selama berbulan-bulan. Menurut Saluran 12, rumah Avitan, di kejiranan mewah Bavli, Tel Aviv, adalah sasaran beberapa bom tangan yang dilemparkan oleh ‘orang’ Haya

“Insiden itu dilaporkan pada pertengahan Mac, dipercayai sebelum Haya dikatakan memasuki Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pistol serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, Rabu lalu.

Semasa penahanan, enam senjata api yang ditemui dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan dalam beg miliknya.

Pada masa sama, polis menahan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, semalam.

Tan Sri Razarudin juga berkata, PDRM meningkatkan keselamatan antaranya terhadap Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berikutan tangkapan itu berlaku ketika peperangan masih berlangsung antara Palestin dan Israel.