Kedai makanan segera tidak pernah berhenti mencipta inovasi baharu. Menerusi laporan media antarabangsa, Burger King Thailand menghasilkan menu baharu iaitu “Real Cheeseburger”. Seperti namanya, burger unik ini tidak mempunyai daging tetapi hanya mengandungi 20 lapisan keju Amerika.

Sudah tentu netizen di seluruh dunia ingin tahu mengenainya, terutamanya bagi mereka yang gilakan keju. Ada yang berminat untuk mencubanya, tetapi ada juga yang merasa muak hanya dengan melihatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Real Cheeseburger” sebenarnya menggunakan 100 peratus keju di dalamnya. Tiada daging, sayur, apa lagi sos. Ia hanya terdiri daripada roti dan keju.

Menu tersebut menjadi viral di TikTok disebabkan rasa ingin tahun pengguna maya. Tempahan juga dikatakan telah dihentikan buat sementara waktu kerana cawangan Burger King di Bangkok kehabisan bahan mentah.

Netizen pula mula memberikan pandangan mereka mengenai burger yang satu ini, ada pro dan kontra. Pemilik akaun Twitter @ivepinkoutsold ingin mencubanya dengan menulis “GIVE ME THAT RN.” Berbeza dengan akaun @ParadigmCityy yang bertindak balas secara negatif dengan menulis “Ini terkutuk.”