Jika anda berasa sangsi dan aneh selepas membaca tajuk yang dikeluarkan, anda sebenarnya tidak silap. Menjelang tarikh 13 Julai iaitu hari ini bersempena dengan Hari Kebangsaan Singapura, Mcdonald Singapore telah memilih untuk mengeluarkan menu edisi terhad.

Bersoal tentang menu, Mcdonald Singapore memilih untuk menggabungkan menu western dan selera tempatan sekaligus bagi menyajikan kelainan buat para pelanggan.

Menu yang paling ‘menangkap’ mata orang ramai pada kali ini adalah Burger Nasi Lemak. Ya, sebuah burger yang diisi dengan beberapa bahan nasi lemak, telur goreng dan diapit bersama dua roti yang empuk.

Sumber: Facebook Xavier Lur
BurgerNasiLemak2
Sumber: Facebook Xavier Lur

Sekiranya anda berfikir menu yang ditawarkan tidak cukup untuk menggambarkan selera tempatan, Mcdonald Singapura turut menawarkan McFlurry berperisa cendol serta ais-krim gula melaka sebagai hidangan pemanis mulut.

Buat anda yang curious atau ingin merasa dengan sendirinya bagaimana rasa burger apabila bergabung dengan nasi lemak, ayuh cuba dengan segera kerana menu ini cuma terdapat di McDonald Singapura dan ditawarkan dalam masa terhad sahaja.

Agak-agak apa pula kelainan yang bakal dibawa oleh McDonald Malaysia sekiranya ingin menawarkan menu yang rare buat para pelanggan.