Buriram United berjaya meraih jutaan Ringgit daripada jualan jersi merah jambu mereka sebelum perlawanan Liga Thailand menentang PT Prachuap baru-baru ini.
Buriram melancarkan jualan bagi jersi warna merah jambu mereka sebelum aksi menentang Prachuap dan kelab itu berjaya menjual sebanyak 29,444 helai jersi pada hari pertama.
Baca Juga:
- Justin Hubner Anggap Malaysia Tidak Setaraf Dengan Indonesia
- Kerajaan Indonesia Setuju Beri Kerakyatan Kepada Mees Hilgers Dan Eliano Reijnders
- Netizen Indonesia Bangga Dapat Beri Pengalaman Terbaik Kepada IShowSpeed Berbanding Malaysia
29,444 helai jersi terjual dalam sehari pada harga THB740.
Buriram United kutip RM2.78 juta hari ini 💰💰💰 pic.twitter.com/ZQCbNj34NP
— Ahmad Ridzuan AG (@AhmadRidzuanAG) September 22, 2024
Pada jualan hari pertama, kelab yang diperkuatkan oleh pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools itu berjaya meraih sebanyak RM2.78 Juta.
Ini bukan kali pertama Buriram United meraih jutaan Ringgit dari hasil jualan jersi dimana beberapa musim kebelakangan mereka juga berjaya melakukan perkara sama.
Pada awal musim 2023/2024, kelab itu meraih sebanyak 33 Juta Baht atau sekitar RM4.3 Juta hasil daripada penjualan jersi Home baharu.
Buriram menjual jersi dengan harga 740 Baht atau sekitar RM98 sehelai dan kelab itu berjaya menjual sebanyak 45,000 helai jersi pada hari pertama jualan.
Kutipan yang diraih terus masuk ke dalam kantung pasukan kerana Buriram United tidak menjalin kerjasama dengan mana-mana pengeluar jersi dan mereka membuat sendiri jersi yang dipakai setiap musim.
Antara faktor utama mengapa jersi kelab yang dijuluki The Thunder Castle itu laris dijual setiap tahun adalah harga yang dianggap berpatutan kerana tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Pencapaian Buriram ini wajar dijadikan sebagai contoh oleh kelab Liga Malaysia dimana sekiranya mereka mempunyai pelan bisnes yang kukuh dari segi penjualan tiket dan juga barangan rasmi pasukan, maka mereka mampu untuk memantapkan lagi kantung pasukan.