Tun Mahathir mengecam 20 perkara dalam usul untuk menghentikan genosid Negara Haram di Plstin yang menurut negawaran itu lebih kepada ugutan berbanding tawaran kepada H4m4s.
Dalam siaran Tun di X, beliau menulis: “Cadangan 20 perkara Trump untuk menghentikan genosid di Plstin bukannya tawaran kepada H4m4s.
“Ia jelas merupakan ugutan.
“Terima cadangan itu dalam masa empat hari atau pembunuhan beramai-ramai itu tidak akan dihentikan. Keadaannya akan menjadi lebih buruk.
“Cadangan itu disediakan oleh Trump bersama-sama dengan Netanyahu. Ia boleh diterima oleh Negara Haram kerana ia disediakan oleh Perdana Menteri mereka.

“Seperti Netanyahu, Trump mahu mengambil alih G4z4. Itu bermakna rakyat Plstin mesti menyerah.
“Bagaimana kedua-dua dalang itu mengharapkan H4m4s menerima penyerahan sebagai penyelesaian memang sukar difahami.
“Mereka telah kehilangan lebih daripada 60,000 nyawaakibat pengeboman Negara Haram. Apa yang dicadangkan oleh Trump dan Netanyahu ialah menjadikan nyawa yang hilang dan kemusnahan total G4z4 sebagai sia-sia.
“Pengorbanan mereka akan menjadi sia-sia
“Trump bukan pencetus kedamaian. Dia menggunakan ugutan tarif tinggi, sekatan, dan tuntutan pelbagai untuk memaksa pihak-pihak menghentikan pertempuran.
“Tetapi dia gagal. Ukraine dan Rusia, pemb*nuhan masih berlaku. Pembunuhan beramai-ramai oleh Negara Haram akan terus berjalan.
“Saya tidak akan terkejut jika H4m4s menolak cadangan itu. Pembunuhan beramai-ramai akan terus berlaku, dengan sokongan yang lebih kuat daripada Amerika Syarikat.