Antara cabaran duduk kawasan rumah tinggi bertingkat apabila ruangan parkir kurang daripada jumlah kenderaan dimiliki penghuni.

Baru-baru ini seorang penyanyi, bekas peserta Akademi Fantasi, Farez Adnan mengadu masalah parkir di kawasan perumahannya.

Baca Juga:

Menurutnya dia terpaksa berhadapan dengan masalah kereta double park yang menarik brek tangan dan tidak meletakkan nombor telefon untuk dihubungi.

@farezadnanofficial

Ni yang aku malas sbnrya. Cakap ko typical minded b40 kang sentap!!

♬ original sound – Farez Adnan – Farez Adnan

Hal ini menyebabkan kesukaran bagi penduduk yang mahu keluar bekerja di awal pagi.

Jelasnya dalam satu video lain, jika kereta yang double park sebuah dua, ia tidak menjadi satu masalah.

Bagaimanapun apabila sebaris kereta berbuat sedemikian, ia menyukarkan untuk menolak kereta kerana bimbang berlanggar dan bercalar antara satu sama lain.

Tambahnya lagi, itu tidak termasuk dengan masalah segelintir penduduk yang cop parkir.

Menurut warganet, mentaliti seperti itu adalah selamanya dan memang tidak akan berubah. Ini kerana sebab dalam kawasan perumahan itu sudah jadi komuniti.

“Semua perangai sama. Jadi kalau kita tak nak stress, jauhilah awal-awal duduk kawasan ini. Saya lebih sayang kereta dan masa,” kata seorang netizen.