Bila sebut Anker, ramai pasti mengenali jenama global terkemuka ini yang mana menghasilkan pelbagai aksesori canggih, berkualiti tinggi dan paling penting sekali sudah semestinya harga yang mampu milik.

Kesemua produk mereka menjadi penyelesaian terbaik bagi memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

Ini termasuk aksesori pengecasan pantas, pengecasan solar dan wireless, pengecasan kereta, palam rumah pintar, stesen janakuasa mudah alih dan banyak lagi.

Syarikat Anker Innovations malah mempunyai sub-jenama Anker, Soundcore, Eufy, dan Nebula yang setiap satu daripadanya memberikan fokus spesifik teknologi dan inovasi dalam memenuhi keperluan pengguna di luar sana.

Menariknya, Anker telah mendapat pengiktirafan sebagai jenama pengecasan mudah alih No.1 di dunia selama tiga tahun berturut-turut sejak 2020.

Bukan itu sahaja, aksesori ditawarkan serasi dengan peranti Apple dan Android serta mempunyai beberapa pensijilan, termasuk pensijilan MFI dan pensijilan QI.

Di sini, kami bakal memperkenalkan barisan terbaharu produk daripada Anker yang merangkumi fon telinga dan powerbank untuk pasaran Malaysia.

Soundcore Aerofit Pro

Sumber Gambar: Anker

Menerusi barisan fon telinga, Soundcore Aerofit Pro menjadi pilihan terbaik buat anda yang mempunyai gaya hidup yang aktif kerana hadir dengan rekaan yang ergonomik berserta bahan binaan yang lembut dan mesra kulit sekaligus sedap untuk dipakai dalam tempoh yang lama.

Ditambah pula memiliki pemacu 16.2mm rumah dengan kubah bersalut titanium, serta ditampilkan dengan pembesar suara berarah untuk memberi anda bass lebih besar dalam mengoptimumkan kualiti bunyi.

Selain Aerofit Pro mempunyai jangka hayat selama 46 jam, fon telinga ini turur direka khas untuk membantu anda mendengar persekitaran anda dengan lebih jelas walaupun ketika mendengar audio.

Soundcore Aerofit

Sumber Gambar: Anker

Sama seperti Soundcore Aerofit Pro, ia didatangkan dengan persediaan pemacu teguh yang menawarkan bass berdebar dan audio resolusi tinggi.

Hadir dengan tetapan pemacu berkuasa 14mm, Soundcore Aerofit menawarkan perlindungan utama industri terhadap air dan peluh dengan penarafan kalis air IPX7 serta teknologi kalis peluh eksklusif.

Siri Aerofit ini dilengkapi dengan 4 mikrofon yang menggunakan algoritma AI untuk kualiti panggilan yang lebih baik dan jelas.

Soundcore V30i

Sumber Gambar: Anker

Soundcore V30i menampilkan reka bentuk yang sleek dan cangkuk telinga yang lembut serta fleksibel untuk kesesuaian yang sempurna. Fon telinga ini turut dilengkapi dengan empat mikrofon dan IPX5 untuk kalis air.

V30i juga boleh bertahan selama 36 jam dengan penggunaan bersama bekas pengecasan. Bukan itu sahaja, dengan bantuan teknologi pengurangan hingar ENC dwi-mikrofon bakal memastikan panggilan yang jelas walaupun semasa anda berjalan atau berada di dalam persekitaran yang bising.

Anker 733 Power Power Bank 65W

Sumber Gambar: Anker

Anker 733 Power Bank yang merupakan pengecas hibrid 2 dalam 1 di mana ia boleh berfungsi sebagai pengecas dan juga sebuah powerbank. Ia menyokong pengecasan 65W dan kapasiti bateri 10,000mAh.

Bank kuasa ini ialah pengecas mudah alih yang sangat baik yang menawarkan pengecasan pantas, berbilang ciri keselamatan dan reka bentuk yang padat, menjadikannya sempurna untuk kegunaan secara berterusan.

Dengan teknologi GaNPrime terkini terkini dan fungsi pengecasan cepat tiga pelabuhan untuk memastikan peranti anda dicas semasa dalam perjalanan.

Anker Prime 12,000mAh Power Bank 130W

Sumber Gambar: Anker

Power bank ini tampil padat dengan kapasiti kuasa 12,000 mAh, dan reka bentuk batanya terletak dengan selesa di tangan. Bahkan, terdapat panel skrin LCD yang bakal memudahkan anda memantau tahap bateri dan kuasa yang disalurkan pada setiap port yang digunakan.

Dengan keupayaan pengecasan cepat 65W, ia dapatjuga menyediakan kuasa keluaran yang tinggi untuk MacBook serta mempunyai dua port USB-C Power Delivery 3.0 untuk mengecas dua peranti secara serentak.

Anker Prime 27,650mAh Power Bank 250W

Sumber Gambar: Anker

Buat anda yang memang memiliki sejumlah peranti dan sentiasa berkerja di luar kawasan, Anker Prime menjadi solusi terbaik kerana dikuasakan oleh teknologi PD 3.1 terkini, bank kuasa dilengkapi dengan 2 port USB-C dan 1 port USB-A untuk menyalurkan kuasa sehingga 250W.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengecas komputer riba, tablet, telefon pintar secara serentak dengan cepat. Sebagai contoh, anda boleh mengecas MacBook anda kepada 50 peratus dalam masa 28 minit sahaja.

Walaupun kuasa dan kapasiti yang besar, Anker Prime masih mampu mengekalkan saiz dan berat yang padat, memastikan ia mudah alih dengan baik dan boleh dibawa bersama menaiki pesawat.

Secara keseluruhan, produk Anker sememangnya penyelesaian teknologi terbaik yang patut dimiliki oleh semua orang.

Siri fon telinga Soundcore Aerofit ini dijual pada harga RM499 untuk model Aerofit dan RM799 untuk Aerofit Pro. Fon telinga Soundcore V30i pula dijual pada harga RM299.

Siri Anker Prime ini dijual pada harga  RM499 untuk Anker 733, RM599 untuk Anker Prime 12,000mAh dan RM999  untuk Anker Prime 27,650 sebuah.

Buat anda yang berminat, bolehlah membuat pra-tempahan untuk enam produk hebat ini sekarang di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop.