Berbaki beberapa minggu sahaja lagi sebelum kita akan menyambut tahun baharu. Pasti ada antara kita sudah mulai mencari barangan atau produk yang sesuai untuk dihadiahkan kepada yang tersayang sama ada sempena sambutan hari keluarga, kenduri mahupun hadiah akhir tahun tidak lama lagi.

Dalam mendapatkan hadiah, sudah tentu produk yang praktikal dan berkualiti antara yang menjadi keutamaan ramai dalam memberi hadiah kepada yang tersayang.

Pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 5 produk atau barangan elektronik yang bukan sahaja praktikal malah bermutu tinggi anda boleh dapatkan dengan harga berbaloi mengikut personaliti seseorang.

Hadiah buat pasangan yang kerap travel

Sudah menjadi kewajipan buat setiap individu untuk membawa dan menyimpan kabel dalam memudahkan proses pengecasan telefon.

Dalam pada itu, seperti ramai sedia maklum, kebanyakan kabel dalam pasaran terkadang mudah rosak sekaligus mendesak pengguna untuk mendapatkan kabel baharu dalam masa yang singkat.

Mungkin inilah masanya untuk anda membantu mereka dengan menghadiahkan Anker USB-C to Lightning Cable 542 yang menjanjikan rekaan yang bergaya dan tahan lasak. Pastinya penerima hadiah tidak perlu lagi menukar kabel secara kerap selepas ini.

Anker 322 USB-C to USB-C

Buat pengguna siri iPhone 15 dan telefon pintar Android, kabel Anker 322 USB-C to USB-C pastinya menjadi pilihan anda kerana model dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 60W. Malah, pihak Apple turut mengesahkan kabel Anker 322 USB-C to USB-C ini selamat untuk digunakan.

Bukan itu sahaja, kabel ini turut disertakan dengan waranti sehingga 24 bulan di mana para pengguna berpeluang membuat pertukaran sekiranya berlaku sebarang masalah dalam tempoh waranti. Berbaloi bukan?

Hadiah buat mereka yang kerap bekerja secara on the go
Sumber: ZDNet

Sekiranya anda pernah bekerja secara digital tanpa mengira tempat, pastinya kelangsungan bateri peranti antara yang keutamaan. Membawa bersama power bank sudah menjadi kewajipan dalam mengelakkan bateri pada peranti habis disaat yang memerlukan.

Menerusi produk di bawah Anker, jenama ini bukan sekadar menawarkan power bank yang menawarkan pengecasan pantas, malah turut ditawarkan bersama pengecasan secara magnetik sekaligus memudahkan pengguna.

Rekannya yang praktikal dan moden antara yang ditawarkan menerusi model Anker 622 Magnetic Battery. Hadir dengan harga yang berbaloi serta boleh digunakan untuk tempoh yang panjang, sudah tentu ini hadiah yang perlu anda pertimbangkan untuk mereka kerap bekerja secara on the go.

Hadiah buat mereka yang gemar mendengar muzik

Sumber: Scarbir

Mendengar muzik sudah menjadi sesebuah terapi buat sesetengah pihak. Malah, penggunaan Earbuds yang wireless dan ringan semakin disukai ramai berikutan rekaannya yang mudah dibawa dan praktikal.

Menerusi Anker Soundcore A20i Wireless Earbuds, pengguna bukan sahaja berpeluang menikmati kualiti bunyi yang berkualiti tinggi serta dengan penuh gaya, malah earbuds ini menawarkan keunikan tersendiri apabila mempu menawarkan sokongan ketahanan bateri sehingga 9 jam.

Dalam erti kata lain, para pengguna model ini tidak perlu lagi risau dengan pengecasan yang kerap sepanjang menggunakan model daripada Anker ini.

Hadiah terbaik untuk acara keramaian
Sumber: The Effect

Sekiranya anda sedang mencari hadiah untuk mereka yang sering terlibat dalam acara keramaian atau bekerja secara outdoor, mungkin Anker Soundcore Motion X600 adalah jawapannya.

Tidak hanya berfungsi sebagai portable speaker biasa, model ini berjaya menawarkan kualiti bunyi yang terbaik menerusi speaker yang tersedia.

Rekannya yang moden serta kalis air membuatkan model ini pilihan yang baik untuk digunakan secara outdoor. Fungsi yang paling menjadi kegilaan ramai sudah tentunya sokongan bateri sehingga 12 jam yang sekaligus memudahkan pengguna untuk mengelakkan pengecasan yang kerap.

Membersih rumah bukan lagi isu buat yang tersayang

Membersih sememangnya aktiviti yang memenatkan. Seseorang perlu menyapu, mop dan sebagainya untuk menghilangkan kesan kotor atau habuk pada lantai.

Walau bagaimanapun, tahukah anda kini terdapat sebuah peranti yang dilengkapi dengan 3 dalam 1 iaitu vacuum, streamer dan juga mop.

Dalam erti kata lain, tugas membersihkan lantai kediaman anda akan dapat diselesaikan denga lebih pantas dan bersih menerusi model Mach V1 Ultra Vacuum, Steamer, and Mop. Pastinya yang tersayang anda akan tersenyum lebar menerima hadiah yang penuh praktikal serta memudahkan tugasan harian ini.

Buat anda yang mahu mengetahui segala keperluan produk elektronik yang sudah menjalankan R&D serta berkualiti tinggi, Anker Innovations adalah jawapannya.

Nak tahu apa yang paling best mendapatkan produk daripada Anker Innovations, syarikat ini menyediakan polisi pertukaran produk secara one to one buat kesemua model keluaran syarikat ini. Hal ini membuktikan syarikat ini sangat yakin dengan produk keluarannya sebelum ditawarkan buat para pengguna.

Para pengguna berpeluang menikmati pelbagai diskaun dan promosi menerusi kedai rasmi Anker Innovations yang ditawarkan di Shopee dan juga Lazada. Menariknya, anda berpeluang produk-produk ini dengan harga yang lebih berbaloi sempena jualan 11.11 yang bakal tiba ini.

Jangan lepaskan peluang berharga untuk memberi hadiah kepada yang tersayang mengikut keperluan. Tidak mustahil pemberian yang diberi menjadi kegunaan mereka dalam memudahkan urusan seharian.