Bilik tidur memainkan peranan yang penting untuk anda dapatkan tidur yang lena. Bayangkan balik rumah selepas pulang bekerja lihat ruang bilik tidur yang cantik dan kemas, pasti akan mudahkan anda untuk tidur.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @Haleem_Shake telah berkongsi transformasi biliknya yang ‘awesome’. Buat anda yang merasakan tidak boleh jadikan bilik di rumah ‘kampung’ anda, mungkin selepas lihat perkongsian ini akan mengubah fikiran anda. Ayuh, kita mulakan!
https://twitter.com/Haleem_Shake/status/1289446080447315969
Mesti anda sudah teruja untuk lihat tranformasi bilik beliau, bukan? Kita lihat dahulu keadaan bilik beliau sebelum transformasi dilakukan.
Kita dapat lihat perabot yang digunakan menggunakan jenis kayu dan kelihatan ‘vintage’. Warna bilik pula menggunakan warna asli kayu dan dinding diwarnakan warna putih. Sudah melihat keadaan sebelum, ayuh kita lihat ‘makeover’ bilik beliau.
Penggunaan warna biru dan putih menjadikan bilik tidur beliau kelihatan eksklusif dan tenang. Malah, dekorasi yang digunakan menonjolkan elemen moden dalam rumah kampung.
Difahamkan, Haleem mengambil masa 2 minggu untuk ‘makeover’ biliknya dan kos keseluruhan dalam mengubahsuai bilik tersebut menelan belanja sekurang-kurangnya RM2,000 sahaja.
Tambahnya lagi, kebanyakkan barangan dekorasi dibeli melalui Shoppee sahaja. Cantik dan nampak kemas hasil transformasi bilik Haleem. Semoga perkongsian ini jadi inspirasi buat anda yang ingin mengubahsuai bilik tidur.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel transformasi bilik tidur yang mungkin anda boleh jadikan sebagai rujukan. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Persis Gambar Pinterest, Lihat Transformasi Bilik Dengan Rekaan Scandinavian Bermodalkan RM5,000
5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000
Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis ‘Hotel 5 Bintang’ Di Universiti Sains Malaysia