Tahun ini Malique membuat kejutan kepada peminat dengan melancarkan single lagu Sedih Hati yang mempunyai 7 versi dikumpulkan dalam satu CD album terbaharunya.

Tidak cukup dengan mengubati rasa rindu peminat dengan suaranya melalui single tersebut, Malique yang juga dikenali sebagai Mr.General tampil memperlihatkan anak perempuannya yang kini sudah meningkat remaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video muzik Sedih Hati (Acoustic) yang dimuat naik di saluran YouTube Qarma Studios semalam, peminat terpesona melihat kemunculan umum Inca Medina buat pertama kalinya yang bermain biola dalam video muzik tersebut.

Remaja itu dikenali ramai menerusi lagu Senyum yang dinyanyikan oleh Malique dan Najwa. Dalam lirik lagu itu Malique selitkan pujian kecantikan anak sulungnya.

“Oh Inca Medina orang secantik nama”

“Cantik luar cantik dalam cantik macam mama”

Saluran YouTube Qarma Studios memang diketahui tidak membuka ruangan komen kepada orang ramai. Namun mungkin disebabkan debut Inca Medina, mereka memberikan peluang kepada orang ramai berkongsi komen masing-masing.

Sumber Gambar: YouTube @QarmaOfficial
Sumber Gambar: YouTube @QarmaOfficial
Sumber Gambar: YouTube @QarmaOfficial
Sumber Gambar: YouTube @QarmaOfficial

Malique mendirikan rumah tangga bersama bekas pelakon Melissa Maureen Rizal pada Ogos. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Inca Medina, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya.

Selepas pembubaran Too Phat pada 2007, Malique bergerak solo dan beliau langsung tidak pernah muncul di mana-mana media arus perdana dan media sosial.

Beliau cuma melontarkan suara dan idea dengan berkolaborasi bersama penyanyi-penyanyi lain.

Dan sekarang beliau memperlihatkan anak sulungnya — Inca Medina. Semoga ada lebih banyak karya-karya menarik daripada Malique dan Inca Medina yang kita dapat nikmati dan teladani pada hadapan.