Selepas beberapa bulan berlaku konflik melibatkan pasangan selebriti terkemuka iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, kedua-dua selebriti ini memilih untuk menemui titik perakhiran pada 18 April ini.
Dilaporkan kata sepakat tersebut telah dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan pada malam tadi.
Baca Juga:
- ‘Maaf, Saya Tak Boleh Ceraikan’ – Respon Syamsul Yusof Selepas Ibunya Minta Lepaskan Puteri Sarah
- ‘Doakan Yang Terbaik Untuk Saya Dan Isteri’ – Syamsul Reda Dengan Sebarang Keputusan Mahkamah
- ‘Pilih Yang Terbaik, Kalau Perlu Berpisah Buatlah’ – DDNK Beri Nasihat Khas Buat Syamsul Yusof
Pelakon Puteri Sarah dan suaminya sepakat mengakhiri kemelut perkahwinan mereka apabila Syamsul Yusof setuju untuk melafazkan talak pada 18 April ini. https://t.co/nv6CRJ20cY
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 10, 2023
Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.
Terma penyelesaian dan persetujuan tersebut akan merangkumi isu-isu berkaitan handanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.
@utusantvofficial Replying to @nr.ainazhar Doakan yang terbaik ye 😁. 📽️ Auzaee Athallah. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #syamsulyusof #puterisarahliyana
Mengulas mengenai keputusan yang dibuat kedua-dua belah pihak, Sarah memaklumkan segalanya berakhir dengan tenang dan enggan bermusuh dengan bapa kepada anak-anaknya itu.
Sebelum ini, Syamsul Yusof memaklumkan enggan menceraikan Puteri Sarah meskipun sudah diminta ibu beliau untuk menceraikan wanita tersebut.