Influencer dan rappers, Caprice mengumumkan kejayan pihaknya selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan untuk menarik balik injuksi interim yang menghalangnya mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi dan berbentuk ugutan terhadap pendakwah Ebit Lew.

Menerusi satu hantara di Instagram miliknya, Caprice menyatakan dia kini dibenarkan untuk berkongsi berita tentang Ebit Lew.

Pada masa yang sama, pihak Ebit Lew perlu membayar sejumlah wang kepada Caprice, dengan nilai tersebut tidak dinyatakan oleh Caprice.

Caprice atau Daddy Cap menulis: “Hari ini kita menang di Mahkamah Tinggi untuk lawan injuksi interim kes Ebit Lew.

“Pihak sana kena bayar kepada kami sejumlah wang dan kami sekali lagi dibenarkan untuk berkongsi mana-mana berita mengenai Ebit Lew.”

Caprice akhirnya tampil menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan kenapa dia tiba tiba berdiam diri tentang isu melibatkan Ebit Lew.

Ini kerana pihaknya telah dikenakan injuksi oleh mahkamah yang melarang dia bercakap atau mengulas tentang isu berkaitan Ebit Lew.

Caprice sebelum ini membuat kontroversi apabila dia dan seorang lagi influencer Indonesia, The Mondy Tattoo mengeluarkan kenyataan yang dianggap mencemarkan reputasi serta berbaur ugutan ke atas Ebit Lew.

Caprice berkata: “Ramai yang tanya kenapa Cap [Caprice] tiba-tiba lama senyap? Sebab pihak sana pasang injunksi interim agar saya tak dapat petik nama dia atau cover berita mengenainya. Tapi hari ni kita menang. Syukur Alhamdulillah.

Caprice kemudian mengucapkan terima kasih kepada pihak peguamnya dan juga hakim yang adil dalam keputusannya.

“Terima kasih kepada hakim yang bijaksana. Terima kasih kepada peguam saya, Thomas Philips di atas kerja yang sangat hebat dan menegakkan hak kita untuk membuat liputan berita demi kesedaran umum di negara kita,” tambah beliau lagi.