Kecoh pada tahun 2021 lalu apabila Caprice mendedahkan mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu mengenai Ebit Lew. Perkongsian yang dibuat Caprice sejurus selepas Ebit Lew tiba di Gaza tersebut telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen.

Isu tersebut walau bagaimanapun berakhir setakat itu sahaja selepas kedua-dua pihak tampil dengan penjelasan masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Caprice sekali lagi dilihat memberi respon terhadap isu terbaru melibatkan Ebit Lew bersama seorang ‘gelandangan’ Indonesia yang didakwa merupakan influencer popular di TikTok.

Bukan itu sahaja, Caprice turut memberi hint serta bertanya pendapat kepada pihak netizen sama ada beliau harus meneruskan misi pembongkaran mengenai Ebit Lew atau sebaliknya.

Menerusi perkongsian di Insta Stories pula, Caprice turut meluahkan rasa syukur setelah satu persatu ‘aktiviti’ Ebit Lew mulai dikesan orang ramai. Berikut merupakan respon netizen terhadap video Ebit Lew yang dikongsikan Caprice.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

Dilaporkan setakat ini Ebit Lew dibicarakan atas 11 pertuduhan susulan kes gangguan seksual di mana antaranya adalah menghantar perkataan serta gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp.