Artis dan pempengaruh media sosial, Caprice tampil dengan permohonan maaf terbuka kepada Polis Di Raja Malaysia atau PDRM atas kata katanya sebelum ini dalam sesi videonya.

Caprice telah menggunakan kata kata yang dianggap menyinggung polis ketika mengulas satu kejadian melibatkan seorang pegawai kanan polis yang melanggar pelajar sekolah, Muhammad Zaharif – sehingga dia maut – baru baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Membuatkan dia dan beberapa stafnya terpaksa hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan dan penjelasan tentang perkara itu.

Menurut Instagram miliknya, Caprice berkata: “Salam jumaat guys, first of all cap nak ucapkan terima kasih kepada PDRM IPD Dang Wangi yang ambik masa untuk Caprice dan staff Caprice bagi statement pagi tadi. We gave our full cooperation.”

Seterusnya Caprice menyatakan ayat yang dia gunakan adalah ditujukan kepada seorang pegawai polis itu sahaja bukannya melibatkan satu institusi polis.

Sambil berkata, setiap orang harus mencari penyelesaian bersama sama untuk sentiasa menjadi, melindungi dan menjulang lencana dan warna PDRM.

Dia menambah: “Di sini jugak, Cap nak minta maaf kalau ade siapa siapa dari pasukan biru yang terasa dengan apa statement kita buat sebelum ni. Ayat ayat yang di guna di social media adelah khas tuju kepada seorang sahaja. Dan sebenarnye kita kena sama sana cari jalan untuk sentiasa jaga, protect, dan uphold the sacred badge and colors of PDRM.”

“Cap hormat dan hargai pendapat Tan Sri IGP yang sendiri tekankan the importance of integriti and rule of law. Thank you for your wisdom and insya-Allah kita sama2 boleh bantu dan bela rakyat Malaysia yang di aniaya / zalimi. InsyaAllah.”

Di ruangan komen pengikut setia Caprice menyatakan mereka faham tentang kritikan Caprice sebelum ini ditujukan kepada seorang yang membuat onar itu sahaja, bukannya satu organisasi Polis.

PDRM sebelum ini sudah berikrar bahawa siasatan ke atas kes ini akan dikendalikan secara telus dan adil.