Syarikat rakaman FNC adalah salah satu syarikat naungan penyanyi-penyanyi Kpop popular seperti FT Island, CNBLUE, AOA, N.flying.

Ia juga menempatkan hos terkenal dari Running Man dan Infinite Challenge- Yoo Jae Suk serta pelakon yang meningkat naik dari drama While you Were Sleeping- Jung Hae In dan ramai lagi.

Jika anda adalah peminat mereka, anda boleh melawat kafe mereka “FNC Wow! Celebrity Space”. Kafe ini terletak di tingkat teratas bangunan Boots di Myeondong, Seoul.

cara-ke-fnc-cafe-1

cara-ke-fnc-cafe-2

cara-ke-fnc-cafe-3

cara-ke-fnc-cafe-4

Pelawat boleh memesan pelbagai minuman dari variasi Latte dan jus. Antara salah satu keistimewaan menu café ini adalah hiasan latte yang diinspirasikan dari penyanyi penyanyi FNC. Anda boleh memilih wajah mereka sebagai hiasan atas latte. (maaf Yoo Jae Suk tiada dalam senarai).

Seperti dalam  situasi misi Running Man “Yoo Jae Suk OUT” (lawakkan? Hmm ok). Ahli kelab rasmi akan diberi diskaun 10%. Setiap belian juga akan mendapat kad foto artis FNC secara rawak.

Kafe ini juga memainkan video dan lagu-lagu dari penyanyi FNC. Selain minuman, mereka juga menawarkan pelbagai pilihan kek untuk pengunjung. Selain minuman, mereka juga menawarkan pelbagai pilihan kek untuk pengunjung.

Kafé ini juga sesuai untuk anda merehatkan kaki selepas penat membeli belah di Myeondong dan menghirup air panas sewaktu musim sejuk.

Ia terletak berhadapan dengan bangunan “Myeondong Theatre” Hanya perlu jalan lurus menuju dari pintu keluar no 6 Stesen Myeondong.

cara-ke-fnc-cafe-5

cara-ke-fnc-cafe-6

cara-ke-fnc-cafe-7

cara-ke-fnc-cafe-8

Baca lagi: Itinerari 10 Hari Ke Lokasi K-Drama Di Jeju, Busan Dan Seoul Buat Peminat KPop