Trip ke Luang Prabang & Vang Vieng, Laos selama 4 hari 3 malam dengan bajet 70 USD (RM300) 4H3N. Bagaimana cara untuk dapatkan bajet seperti ini. Boleh follow route seperti yang saya kongsikan;

1. Airport LUANG PRABANG
Boleh terus beli kad sim di airport dengan harga 5 USD (seminggu, 3GB) atau 8 USD (4 hari, unlimited internet).

2. Pertukaran matawang boleh dibuat sedikit dahulu di AIRPORT, 1 USD = 8100Kip dan selebihnya boleh tukar di bandar Luang Prabang, 1 USD = 8300Kip

3. Bagaimana nak ke Bandar LP? Boleh kongsi minivan dengan pelancong yang lain, 3 orang 50,000Kip (RM25). Service drop door to door ditawarkan.

4. Penginapan? Boleh download hostelworld dan book terus di situ. Anda hanya perlu bayar 10% sahaja untuk deposit dan selebihnya bayar ketika check out. Rate per night untuk dominotary dorm RM25-30 per night. Antara cadangan;

Hotel di LUANG PRABANG
Kounsavan Guest House
Ban Thong Chaleurn
Luang Prabang
Laos
Tel: +856-2096857399
Email: [email protected]

Hotel di VANG VIENG
Vang Vieng Rock Backpackers Hostel
Main road in Vang Vieng center
Vang Vieng
Laos
Tel: +856-2096599799
Fax: +856-309888489
Email: [email protected]

Gambar-gambar di bawah adalah di Luang Prabang.

tip-travel-ke-luang-prabang-1

tip-travel-ke-luang-prabang-2

tip-travel-ke-luang-prabang-3

tip-travel-ke-luang-prabang-4

tip-travel-ke-luang-prabang-5

tip-travel-ke-luang-prabang-6

tip-travel-ke-luang-prabang-7

tip-travel-ke-luang-prabang-8

tip-travel-ke-luang-prabang-9

tip-travel-ke-luang-prabang-10

tip-travel-ke-luang-prabang-11

tip-travel-ke-luang-prabang-12

tip-travel-ke-luang-prabang-13

tip-travel-ke-luang-prabang-14

tip-travel-ke-luang-prabang-15

tip-travel-ke-luang-prabang-16

5. Tempat apa yang menarik?

LUANG PRABANG (jarak berjalan kaki)
• Mount Phonsi, 10,000Kip (RM5)
• Royal Palace
• Museum Palace
• Night Market
• Morning Market
• Dara Market
• Phosy Market
• Morning Alms (5:30-6:30pagi di Mount Phonsi) makanan diberikan percuma kepada Monk.

Naik MINIVAN
• Kuang Si Waterfall, 20,000Kip (RM10)
Perjalanan ke sini, 1 jam dengan tambang 160,000Kip per minivan. Boleh kongsi dengan pelancong yang lain. 1 minivan boleh muat 10 orang.

6. LUANG PRABANG – VANG VIENG
Tambang minivan 95,000Kip seorang. Perjalanan 4 jam 45 minit bergantung kepada keadaan jalan.

7. Apa aktiviti di VANG VIENG?
Untuk mudah dan berbaloi, boleh ambik pakej tour 1 hari 100,000Kip (RM50) dari jan 9:00-5:00 petang. Antara tempat yang termasuk dalam pakej;
• Pick up service door to door 9:00am
• Tubing Cave
• Lunch
• Elephant Cave
• Kayaking 6KM
• Blue Lagoon and Jumping Point
• Drop up service to tour hostel 5:00pm

8. Makanan halal
Di Luang Prabang; Chennai Restaurant berhadapan Sungai Mekong
Di Vang Vieng; Nazim Restaurant, Green Restaurant

9. VANG VIENG – LUANG PRABANG
Minivan 80,000Kip (RM40) sehala.

Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian itinerari dan bajet jika anda berada di Luang Prabang dan Vang Vieng.

Dan akhir sekali, saya sertakan di sini gambar di Van Vieng.

tip-travel-ke-vang-vieng-1

tip-travel-ke-vang-vieng-2

tip-travel-ke-vang-vieng-3

tip-travel-ke-vang-vieng-4

tip-travel-ke-vang-vieng-11

tip-travel-ke-vang-vieng-5

tip-travel-ke-vang-vieng-6

tip-travel-ke-vang-vieng-7

tip-travel-ke-vang-vieng-8

tip-travel-ke-vang-vieng-9

tip-travel-ke-vang-vieng-10

Baca lagi: Bagaimana Saya Travel 3 Hari Di Vientiane, Laos Dengan Duit Poket RM150