Siapa tidak kenal Badrul Hisham, anak muda berjiwa kental yang baru-baru ini baru sahaja pulang berbasikal sepanjang 11,000km dari United Kingdom ke Malaysia, setelah tamat pengajiannya di sana.
Graduan Master of Engineering University of Sheffield ini, yang baru sahaja menyiapkan travelognya yang bertajuk ADvantura terbitan Dubook Press ada cabaran baru pula – iaitu berbasikal sejauh 5650 km dari Malaysia melalui Thailand, Laos dan China, seterusnya ke Everest Base Camp di Nepal dan kemudiannya menawan puncak tertinggi di dunia iaitu, puncak Gunung Everest!
Sekiranya beliau berjaya, beliau akan menempa nama di dalam Guiness World Record sebagai orang pertama berbasikal dan menawan puncak setinggi 8,488 meter ini. Orang jiwa dan paha besi saja boleh buat macam ni oi!
Pengayuhan dijangkakan bermula 1 Mac 2016 dan beliau menjangkakan tiba di puncak Everest pada 9 Mei 2016 sebelum turun kembali dan berkayuh kembali ke Malaysia.
Jadi, untuk menjayakan cabaran ini, beliau kini cuba mendapatkan dana dengan cara ‘crowdfunding’ di laman Indiegogo bermula hari ini sebanyak 100,000 USD bagi 3 tujuan iaitu; 50 ribu USD untuk pendakian Gunung Everest bersama Sherpa, 10 ribu USD untuk peralatan dan 40 ribu USD untuk latihan dan persiapan – supaya paha besinya menjadi lebih mampat dan jantung dan paru-parunya tak liat dimamah ketinggian altitud.
Jadi, apa lagi, masuk laman kempen Indiegogo beliau, buka dompet anda dan berikan sokongan dan sumbangan pada anak muda bersemangat Malaysia Boleh ini!
LIKE dan FOLLOW perkembangan perjalanan beliau di page Facebook CYCling to Everest 2016.