Dengan kecanggihan teknologi hari ini, sudah semakin banyak urusan rasmi yang boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Salah satu daripadanya adalah boleh menukarĀ  kad pengenalan yang rosak menerusi panggilan sahaja.

Menerusi akaun Twitter @fariadaffy, beliau berkongsi tentang cara tukar IC atau penukaran kad pengenalan yang rosak menerusi perkhidmatan talian telefon UTC Jabatan Pendaftaran Negara.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter @faridaffy

Anda hanya perlu membuat panggilan menerusi talian 03-88808066 untuk mendapatkan gantian kad baharu. Menariknya, anda boleh mengambil kad pengenalan yang sudah siap di Pusat Cetakan Teragih selepas 30 minit permohonan.

Anda boleh lihat gambar rajah senarai pejabat JPN Pusat Cetakan Teragih yang beroperasi bagi setiap negeri bagi memudahkan urusan pengambilan kad di kaunter kelak. Perlu diketahui, anda tidak dibenarkan mengubah info di dalam IC seperti nama dan alamat.

cara tukar ic
Sumber Gambar: Twitter @faridaffy

Masa beroperasi pula bermula 8 pagi sehingga 5 petang sahaja dan anda perlu membawa IC lama berserta wang berjumlah RM10 sewaktu ingin mengambilnya.

Kini anda boleh menggantikan kad pengenalan menerusi panggilan yang lebih mudah dan pantas. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang boleh mengetahui cara tukar IC dalam mendapatkan kad pengenalan baharu tanpa perlu beratur lagi.