Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen secara tidak langsung menimbulkan pelbagai respon di kalangan orang ramai. Pembubaran yang dilakukan sekaligus bakal memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Dalam pada itu, khusus buat mereka yang sudah bermastautin di sebuah tempat yang baharu, anda berpeluang mengubah tempat mengundi mengikut alamat terkini dalam kad pengenalan menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya.
Baca Juga:
- PM Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini, Tarikh Pilihan Raya Tertakluk Kepada SPR
- Situasi Politik Yang ‘Mengecewakan’ Buat Agong Perkenan Untuk Bubar Parlimen
- Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebagai Pengundi Buat Pertama Kalinya
Lebih memudahkan bakal pengundi, anda tidak perlu lagi beratur panjang atau berurusan di pejabat semata-mata untuk mengubah alamat mengundi, sebaliknya boleh melakukannya semudah dalam talian sahaja.
Berikut dikongsikan cara tukar tempat mengundi secara dalam talian menerusi laman MySPR dalam memudahkan pengundi membuang undi kepada calon pilihan.
1. Layari laman rasmi MySPR
2. Log masuk ke akaun MySPR dengan memasukkan nombor kad pengenalan, kata laluan dan jugua CAPTCHA.
3. Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dan isi borang yang disertakan.
4. Pilih Kategori Pemilih pada Bahagian 1.
5. Lengkapkan alamat seperti yang tertera dalam IC.
6. Muat naik gambar depan MyKad beserta swafoto dengan IC.
7. Semak semua maklumat dan klik Hantar. Notifikasi permohonan TAC akan dipaparkan selepas anda klik untuk permohonan.
8. Anda akan dapat nombor TAC melalui e-mail dan SMS. Masukkan nombor TAC dan klik Hantar.
9. Anda akan menerima notifikasi yang memaklumkan Borang A telah diterima dan sedang disemak untuk kelulusan oleh SPR Malaysia menerusi e-mel.
Untuk pengetahuan terdapat 3 cara untuk mengubah tempat mengundi iaitu secara dalam talian, permohonanan di cawangan SPR berdekatan dan juga permohonan menerusi pejabat pos.
Diharap perkongsian cara tukar tempat mengundi ini sedikit sebanyak bakal membantu pengundi untuk mengundi di tempat mereka bermastautin dalam memudahkan urusan.
Saya baru je call SPR tadi. Akak tu cakap yg baru nak tukar alamat mengundi memang TAK SEMPAT DAH. Dia akan proses setakat OGOS 2022 je. SEPTEMBER 2022 ke atas mmg takkan sempat. So korang ngundi jela ikut alamat lama tu ye 😭
— naily 🦋 (@nelll_nn) October 13, 2022
Dalam pada itu, berdasarkan respon netizen, difahamkan proses permohonan tukar tempat mengundi ini dijangka bakal mengambil masa sehingga 3 bulan bekerja sebelum seseorang pengundi disahkan tempat mengundi seperti yang dimohon.
Sekiranya PRU-15 berlangsung dalam masa terdekat, hanya data diproses setakat Ogos 2022 yang bakal digunakan. Dalam erti kata lain, para pengundi perlu mengikut alamat mengundi yang boleh di semak dengan klik di sini.