Seorang lelaki mendakwa telah didiskriminasi daripada mendapatkan sampul angpau Pokemon walaupun telah memenuhi syarat.
Menerusi perkongsian X.com @Qimi_Harun, dia telah membeli dua barang daripada kedai serbaneka di Lobak, Negeri Sembilan. Nilai barangan tersebut mencecah RM30.20, sekaligus melayakkannya mendapat angpau Pokemon tersebut.
Baca Juga:
- Nenek Dipukul ‘Owner Glamping’ Selepas Mengadu Sampah Belakang Rumah, Ini Penjelasannya
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- ‘Harga Meningkat Mendadak’ – Pengguna Dakwa Tambang Grab Dinaikkan Sesuka Hati
Bagaimanapun, pekerja waktu itu mendakwa angpau tersebut hanya boleh diberikan kepada kaum cina sahaja.
Hal itu menyebabkan lelaki tersebut berasa kurang senang mendengar penjelasan tersebut.
Mohon kuasa viral warga X. Spend lebih dari RM28 di Family Mart Lobak NS untuk dapatkan SE Pokemon Angpao tapi bila minta dekat cashier dia kata "ONLY FOR CHINESE". Betul ke ONLY FOR CHINESE???? pic.twitter.com/svwJyhCxhy
— Qimi with the Q (@Qimi_Harun) January 28, 2024
Sehubungan dengan itu, seorang netizen tampil memohon maaf berhubung insiden tersebut. Menurutnya, insiden itu berlaku di cawangannya.
Netizen itu turut meminta lelaki berkenaan menghubunginya untuk mendapatkan angpau Pokemon yang sepatut dia dapat daripada awal.
Bagaimanapun pengadu menolak permohonan maaf tersebut mentah-mentah.
sorry bro damage has been done.
— Qimi with the Q (@Qimi_Harun) January 28, 2024
Setakat artikel ini ditulis, lelaki tersebut sudah menghantar emel aduan kepada ibu pejabat kedai serbaneka tersebut untuk mendapatkan maklum balas, serta tindakan lanjut supaya perkara tersebut tidak berulang lagi.
Jangan cari pasal dengan pokemon trainer. Complaint has been submitted let see this complaint sampai tak dekat Oscar Yap Tong. pic.twitter.com/129KJ3Lpz6
— Qimi with the Q (@Qimi_Harun) January 28, 2024
Menerusi maklum balas daripada pengguna X.com yang lain, ramai berasa tindakan lelaki tersebut ‘over‘ dan menjengkelkan.
“Benda boleh settle cara baik, nak jugak viral-viral ini. Bukannya kes besar sangat pun, staf tu misunderstood, mana tahu dia tu staf baharu.
“Dia dah minta maaf, tak nak terima. Orang dah nasihat pun tak nak terima. Orang tanya nak apa, tak nak jawab. Jadi bilanya nak selesai? Rupanya lelaki pun complicated,” petik sebahagian perkongsian warganet yang lain.
Ada juga beberapa netizen meminta lelaki tersebut ambil sahaja angpau yang mereka ada, ianya lebih baik daripada membesarkan hal yang kecil dan remeh itu.
Bagaimanapun, lelaki tersebut cuba menjelaskan bahawa dia tidak kisah sangat mengenai angpau itu. Sebaliknya dia berasa kecewa berlakunya diskriminasi terhadap pelanggan.