Seorang lelaki mendakwa telah didiskriminasi daripada mendapatkan sampul angpau Pokemon walaupun telah memenuhi syarat.

Menerusi perkongsian X.com @Qimi_Harun, dia telah membeli dua barang daripada kedai serbaneka di Lobak, Negeri Sembilan. Nilai barangan tersebut mencecah RM30.20, sekaligus melayakkannya mendapat angpau Pokemon tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, pekerja waktu itu mendakwa angpau tersebut hanya boleh diberikan kepada kaum cina sahaja.

Hal itu menyebabkan lelaki tersebut berasa kurang senang mendengar penjelasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, seorang netizen tampil memohon maaf berhubung insiden tersebut. Menurutnya, insiden itu berlaku di cawangannya.

Netizen itu turut meminta lelaki berkenaan menghubunginya untuk mendapatkan angpau Pokemon yang sepatut dia dapat daripada awal.

Bagaimanapun pengadu menolak permohonan maaf tersebut mentah-mentah.

Setakat artikel ini ditulis, lelaki tersebut sudah menghantar emel aduan kepada ibu pejabat kedai serbaneka tersebut untuk mendapatkan maklum balas, serta tindakan lanjut supaya perkara tersebut tidak berulang lagi.

Menerusi maklum balas daripada pengguna X.com yang lain, ramai berasa tindakan lelaki tersebut ‘over‘ dan menjengkelkan.

“Benda boleh settle cara baik, nak jugak viral-viral ini. Bukannya kes besar sangat pun, staf tu misunderstood, mana tahu dia tu staf baharu.

“Dia dah minta maaf, tak nak terima. Orang dah nasihat pun tak nak terima. Orang tanya nak apa, tak nak jawab. Jadi bilanya nak selesai? Rupanya lelaki pun complicated,” petik sebahagian perkongsian warganet yang lain.

Ada juga beberapa netizen meminta lelaki tersebut ambil sahaja angpau yang mereka ada, ianya lebih baik daripada membesarkan hal yang kecil dan remeh itu.

Bagaimanapun, lelaki tersebut cuba menjelaskan bahawa dia tidak kisah sangat mengenai angpau itu. Sebaliknya dia berasa kecewa berlakunya diskriminasi terhadap pelanggan.