Pada 30 Oktober hingga 31 Oktober merupakan dua hari promosi sempena dua cawangan Luckin Coffee mendapat pensijilan halal pertama daripada JAKIM.

Kesemua air Luckin Coffee dijual pada harga flat-rate RM3.99 sahaja.

Baca Juga:

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merebut promosi tersebut.

Oleh kerana sambutan yang luar biasa, ramai pelanggan menyatakan mereka terpaksa menunggu tempahan air mereka hampir satu jam.

Bahkan ada pengguna Threads menunjukkan tangkap layar air yang ditempah pada pukul 11 pagi hanya boleh diambil pada jam 4 petang.

Sehubungan itu, pihak Luckin Coffee telah mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan bahawa ada beberapa cawangan terpaksa ditutup sementara.

Penutupan itu bagi menyiapkan tempahan sedia ada.

“Kami amat menghargai sokongan luar biasa anda dalam menjayakan sambutan Halal kami. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pencapaian penting ini. Disebabkan jumlah pesanan yang sangat tinggi, beberapa cawangan mungkin perlu ditutup sementara bagi menyiapkan pesanan sedia ada.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran serta pemahaman anda. Bagi mengelakkan kekecewaan, kami menggalakkan anda untuk menyemak ketersediaan cawangan melalui aplikasi Luckin Coffee atau mengunjungi cawangan berhampiran yang lain.

“Sebagai makluman, 31 Oktober merupakan hari terakhir promosi Halal Celebration kami. Kami mengesyorkan agar anda membuat pesanan lebih awal untuk memastikan anda mendapat minuman kegemaran selagi stok masih ada.

“Yakinlah bahawa barista kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan setiap cawan dengan penuh perhatian dan dedikasi. Sekali lagi, kami benar-benar berterima kasih atas peluang untuk terus berkhidmat kepada anda dengan lebih baik,” petik kenyataan Luckin Coffee.