Jenama rangkaian kopi terkenal dari China, Luckin Coffee mengumumkan dua cawangan mereka telah mendapat pensijilan halal JAKIM.
Menerusi satu hantaran Facebook, memandangkan proses audit halal adalah terperinci dan menyeluruh, lebih banyak cawangan Luckin Coffee akan menerima pensijilan halal tidak lama lagi.
Baca Juga:
“Sejak hari pertama, misi kami sentiasa jelas — untuk membawa kopi yang hebat kepada semua orang, tanpa mengira siapa anda atau dari mana asal anda. Pencapaian ini bukan sekadar satu pensijilan; ia adalah janji tentang kepercayaan, penghormatan, dan kebersamaan.
“Cawangan pertama kami yang telah menerima pensijilan Halal ialah Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri,” petik kenyataan rasmi.

Bagi meraikan pencapaian terbaharu itu, Luckin Coffee mengumumkan promosi istimewa RM3.99 untuk semua minuman pada 30 hingga 31 Oktober 2025
Promosi itu berlangsung di semua cawangan sekitar Lembah Klang, kecuali Highlands Hotel, Genting Highlands.
