Selepas berbulan-bulan kita mendengar berita berkenaan Celcom dan Digi mahu bergabung, kini secara rasminya mereka telah berada di bawah satu payung yang sama.
Axiata Group Berhad dan Telenor Asia Pte Ltd kini mengumumkan penggabungan syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi secara rasmi sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Malah, terdapat lebih 20 juta pelanggan yang menggunakan servis rangkaian mereka.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
Menerusi perjanjian antara kedua-dua syarikat, Axiata dan Telenor akan memegang 33.1% saham Celcom Digi sementara baki 33.8% dipegang oleh EPF, PNB, KWAP dan pemegang saham yang lain.
Di samping itu, nilai saham syarikat berkenaan turut mempamerkan peningkatan yang positif sebaik pengumuman gabungan. Hal ini sudah pasti memberikan kesan yang baik untuk jangka masa panjang juga.