Drama ‘Perempuan Itu’ dilanda kontroversi apabila pelakon Zul Ariffin telah berkongsi klip adegan panas yang dilakonkan dia bersama pelakon baru, Siti Hariesa dalam drama tersebut. Malah, perkongsian tersebut turut mendapat kritikan hebat netizen.

Menurut laporan, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa kemungkinan drama Perempuan Itu mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahnya, kerajaan tidak akan membenarkan tayangan tersebut yang dijangka bersiaran pada bulan Ramadan sekiranya laporan yang diberikan tidak munasabah. Malah, kesemua stesen televisyen perlu menghormati bulan Ramadan dan tidak boleh menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian dengan bulan mulia itu.

“Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut.” kata Tan Sri Annuar Musa

Bagi anda yang terlepas akan isu ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Aksi Panas Dikongsi Zul Ariffin Undang Rasa Tidak Senang Netizen

Lebih 15 Tahun Menanti, Netizen Teruja Dengan ‘Comeback’ Drama Puteri Sempena Hari Raya