Jenama teh popular China, Chagee, kini berada di tengah-tengah kontroversi selepas didapati menggunakan peta yang menampilkan Garis Sepuluh Sempang (Ten-Dash Line), yang menunjukkan tuntutan China ke atas Laut China Selatan, lapor BFM.

Peta itu, yang dipaparkan dalam aplikasi Chagee, termasuk kawasan James Shoal, North Luconia Shoals, dan South Luconia Shoals—wilayah yang berada dalam perairan Malaysia.

Apa Itu ‘Ten-Dash Line’ dan Kenapa Ia Bermasalah?

Garis ‘Ten-Dash Line’ merupakan peluasan daripada ‘Nine-Dash Line’, tuntutan maritim China yang sebelum ini telah ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa pada tahun 2016.

Chagee

Namun, China masih berkeras menggunakan peta ini dalam pelbagai platform, termasuk aplikasi jenama terkenal seperti Chagee.

Tuntutan ini merangkumi beberapa perairan Malaysia termasuk Beting Serupai (James Shoal), Beting Patinggi Ali (North Luconia Shoals), dan Beting Raja Jarum (South Luconia Shoals).

Jika dibiarkan, ia boleh memberi impak kepada hak kedaulatan negara ke atas kawasan tersebut, termasuk sumber perikanan dan eksploitasi minyak serta gas.

Kesan Di Vietnam Dan Malaysia

Di Vietnam, sentimen anti-China semakin membara, dan pengguna media sosial mula menyeru boikot terhadap jenama tersebut.

Chagee

Kontroversi ini timbul sebelum Chagee sempat membuka cawangan pertamanya di negara itu.

Sebagai tindak balas terhadap kemarahan yang semakin memuncak, Chagee telah menurunkan aplikasi tersebut, tetapi ribuan pengguna tetap membanjiri laman Facebook Chagee Vietnam dengan komen protes.

Di Malaysia, isu ini juga dijangka mendapat perhatian memandangkan sensitiviti terhadap kedaulatan negara di Laut China Selatan.

Sebahagian netizen di laman media sosial X menegaskan bahawa  isu berat kerana melibatkan geopolitik antara China dan negara-negara Asia Tenggara, terutama dalam hal tuntutan di Laut China Selatan.

Chagee

Netizen yang lain pula melihat jenama antarabangsa yang beroperasi di rantau ini perlu lebih berhati-hati untuk mengelakkan reaksi negatif daripada pengguna tempatan.

Setakat ini, Chagee belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kontroversi ini.