Buat anda yang ternanti-nantikan watak pembaling kad Gambit dalam X-Men, jangan takut kerana projek untuk filem Gambit akan diteruskan. Ketika San Diego Comic-Con, Channing telah ditanya sama ada beliau masih memegang watak dan Channing menjawab, “Ya, semestinya. Kami sedang membuat perancangan untuk filem ini.”

Berita Channing Tatum bakal memegang watak Gambit sudah keluar sejak tahun 2015 lagi tetapi sehingga kini, tiada lagi Channing sebagai Gambit. Gambit adalah antara watak penting dalam X-Men dan agak pelik kenapa beliau masih belum memunculkan diri.

gambit

Tetapi selepas kejayaan Deadpool dan Logan, kemungkinan besar Gambit akan muncul sebagai satu filem stand-alone sebelum beliau akan muncul dalam filem X-Men yang seterusnya. Ditanya sama ada ianya akan diberi rating R-rated atau PG-13, Channing hanya menjawab setiap kemungkinan masih ada kerana mereka masih meneliti approach yang terbaik untuk filem Gambit ini.

Sementara nak tunggu Channing Tatum sebagai Gambit, bolehlah tonton dahulu Channing Tatum dalam Kingsmen: The Golden Circle. Channing Tatum sebagai Gambit? Cerita ini pastinya akan jadi hebat. Harap-harap ada cameo dari Deadpool dalam filem Gambit ini nanti.

Sumber