ChatGPT sememangnya menjadi perbualan hangat di peringkat global kerana kebolehan menjawab dan menyelesaikan sebarang persoalan yang dilontarkan. Walaupun boleh diakses secara percuma, terdapat kos operasi yang diperlu diambil kira oleh pihak penyedianya.

Terbaru, mengikut anggaran penganlisa di SemiAnalysis, ia dianggarkan ChatGPT menelan kos operasi sekitar $700,000 bersamaan RM3.1 juta sehari. Kos ini dianggarkan untuk memastikan chatbot tersebut kekal beroperasi dari hari ke hari, dan menampung kadar trafik semasa.

Baca Juga:

Dianggarkan OpenAI memerlukan hampir 30,000 GPU dalam memastikan ChatGPT beroperasi. Malah, populariti ChatGPT telah memperlihatkan lebih 100 juta pengguna dalam tempoh yang singkat berbanding laman media sosial sedia ada.

Sebelum ini, Microsoft dilaporkan ingin membangunkan cip kecerdasan buatan mereka tersendiri dalam mengurangkan kos operasi. Sekiranya perkara berkenaan berjaya, maka kos operasi ChatGPT ini akan dikurangkan dengan drastik berbanding hari ini.

Kehadiran ChatGPT juga telah merancakkan lagi arena kecerdasan buatan yang mana menjadi tumpuan syarikat teknologi terkemuka ketika ini. Dalam masa yang sama, ada pihak tertentu mula meneliti langkah sekuriti dalam memastikan medium ini tidak disalah gunakan pula.

Sumber