Rakyat Gaza dalam keadaan menderita apabila bukan sahaja ubat-ubatan sahaja disekat malahan sumber makanan juga semakin terhad di negara itu.
Dengan bahan mentah yang terhad, saudara di sana pasti mengalami kesukaran untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan sedap.
@yasmin.nasir
Bagaimanapun, nama seorang wanita yang berkerjaya sebagai chef profesional menjadi buah mulut di platform media sosial susulan sedia berkongsi video pengajaran tentang pelbagai resepi menarik, menghiburkan dan mudah dibuat.
Yasmin Nasir sering mendapat pujian atas usahanya membuat kandungan resipi yang ringkas, di mana ia hanya menggunakan bahan-bahan yang terhad dan mudah didapati. Resipi sebegini sangat berguna bagi mereka yang berada di kawasan konflik seperti Gaza, di mana bekalan makanan dan peralatan dapur sering kali terhad.
Menerusi konten TikTok Yasmin.nasir (@yasmin.nasir), difahamkan ramai rakyat Gaza berpeluang menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat walaupun dengan bahan yang ringkas.
Menariknya, Yasmin ini bukanlah calang-calang dalam dunia kulinari kerana mempunyai kelayakan dari Le Cordon Bleu London iaitu salah satu institut pendidikan kulinari dan hospitaliti terkemuka di dunia.
Sebagai seorang graduan Le Cordon Bleu, Yasmin Nasir dilihat sebagai sumber maklumat yang berwibawa dan boleh dipercayai dalam bidang kulinari. Beliau tidak hanya berkongsi resipi, tetapi juga memberikan teknik yang betul dan penerangan yang jelas.
Ini menunjukkan bahawa Yasmin menggunakan platformnya untuk memberikan impak positif dan menyebarkan kebaikan, dengan berkongsi resipi yang benar-benar boleh membantu mereka yang memerlukan.
Ia bukan sahaja sekadar berkongsi resipi, tetapi juga menunjukkan empati dan keprihatinan terhadap isu kemanusiaan.

Konten yang disiarkan benar-benar sampai ke sasaran yang dimahukan apabila dikesan ada warga Gaza yang mencuba resepi itu dengan menonton video tersebut.
Susulan itu di salah satu video yang mengajar cara membuat ayam berasaskan tepung telah dipenuhi komen dari orang ramai yang berterima kasih kerana sudah mencuba dan berjaya menghasilkannya.
@yasmin.nasir دجاج القمح، نباتي و مصنوع بس من الطحين، و مليان بروتينات! Seitan Chicken, is washed flour vegan meat substitute, filled with Plant Based Proteins. المكونات لكل 1 كوب طحين 1/2 كوب ماء 1/2 ملعقة صغيرة ملح بهارات حسب الرغبة (أنا استخدمت بودرة مرق، بودرة بصل و ثوم، بابريكا، ملح و فلفل) ماء لغسل العجين Ingredients For every 1 cup Flour 1/2 cup Water 1/2 tsp Salt Spices (I used chicken stock powder, onion & garlic powder, paprika, salt & pepper) Water to wash the dough طريقة التحضير: 1) اعجن الطحين مع الماء والملح حتى تتكون عجينة متماسكة. كلما زادت مدة العجن، زادت نسبة تطوير الجلوتين. 2) اترك العجينة ترتاح في ماء وملح لمدة ساعة. 3) اغسل العجينة بالماء ٤ إلى ٥ مرات حتى يصبح الماء صافيًا ويتبقى لديك كرة من الجلوتين فقط. بالنسبة لماء النشا، انقله إلى وعاء كبير واتركه حتى يترسب النشا في القاع، ثم جففه واستخدمه في وصفات أخرى. 4) تبل الجلوتين واتركه يرتاح لمدة ساعة، ثم قطعه إلى شرائح، وجدله واربطه عدة مرات. 5) اقلي السيتان قليًا خفيفًا من الجهتين، ثم لُفه في قطعة قماش نظيفة أو شاش، واغليه على نار هادئة جدًا مع التوابل لمدة ساعة. 6) بعد أن يبرد، يمكن تفتيته تمامًا مثل الدجاج. يمكنك تناوله كما هو، أو قليه، أو شويه، أو استخدامه في أي طبق. Preparation Menthod – Knead flour, water & salt into a dough. The more you knead, the more gluten is developed – Rest your dough in water and salt for 1 hour – Wash your dough in water 4 to 5 times till the water runs clear and a ball of gluten remains. – As for the starch water, transfer the starch water to a big bowl and set aside till the starch sinks to the bottom, then dry the starch and use it in other recipes. – Season your gluten and rest for 1 hour, then cut into strips, braid and knot multiple times – Shallow fry the seitan on both sides, then wrap in a cheesecloth or clean fabric, then simmer in boiling water and spices for 1 hour on super low heat. – Once cool, it shreds just like chicken. You can eat as is, or fry, grill, or incorporate in any dish #seitan #chicken #vegan #yallayasmin #yallanotbokh #yasminnasir #دجاج #نباتي يلا_ياسمين يلا_نطبخ #ياسمين_ناصر
Secara keseluruhannya, pujian netizen terhadap Yasmin Nasir adalah gabungan antara kualiti kandungan yang beliau tawarkan, empati beliau terhadap isu sosial, dan personalitinya yang menarik.
Beliau telah membuktikan bahawa media sosial boleh digunakan untuk menyebarkan kebaikan dan memberikan manfaat kepada masyarakat secara meluas.