Liverpool menerima Guard Of Honor di Stamford Bridge dan hari  yang sama menelan kekalahan yang ketiga mereka musim ini dalam Liga Perdana Inggeris.

Chelsea ajar Liverpool di Stamford Bridge pada hari peminat Liverpool bersorak ‘campione’ di dalam stadium tersebut.

Chelsea mendahului seawal minit ke-3 menerusi Enzo Fernandez selepas pertahanan Liverpool masih terbuai mimpi.

Enzo dengan lincah beraksi di dalam kotak penalti dan kemudian menyudahkan peluang yang dia sendiri cetuskan.

enzo

The Reds kemudian tampil dengan aksi dominan. Namun tidak banyak menghadirkan ancaman.

Mohamed Salah dirantai  kemas oleh pertahanan Chelsea. The Blues juga beberapa kali mengancam menerusi serangan balas yang pantas.

Salah

Chelsea ajar Liverpool

Chelsea malah menambah gol kedua selepas  Quansah tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-56.

Bagaimanapun, Liverpool merapatkan jurang gol menerusi gol tandukan Virgil Van Dijk pada minit ke-85.

Van dijk

Malangnya gol itu gagal menjadi titik kebangkitan Liverpool, kerana Quansah melakukan satu lagi kesilapan di dalam kotak penalti. Ini apabila dia melakukan kekasaran ke atas pemain Chelsea dan penalti untuk The Blues.

Cole Palmer memastikan 3 mata milik Chelsea dalam perlawanan ini dengan gol penalti lewat masa kecederaan.

Liverpool akhirnya merasai kekalahan ketiga mereka musim ini.

salah

Menurut Opta, Liverpool menjadi juara EPL keempat yang kalah pada perlawanan pertama selepas rasmi bergeluar juara – selepas Arsenal, Chelsea, dan Liverpool sendiri.

Kemenangan ini mencerahkan peluang Chelsea untuk bermain di UCL musim hadapan. Chelsea menjarakkan diri 3 mata daripada Nottingham Forest dalam persaingan kedua dua pasukan mahu ke UCL musim hadapan.

Dalam satu  lagi aksi tumpuan, Manchester United turut mengalami kekalahan di tangan Brentford. Skuad Ruben Amorim yang masih terbuai dengan minggu cemerlang di UEL, gagal untuk menggunakan motivasi itu di EPL.

Brentford Bangkit Dan Pastikan Kekalahan Manchester United Ke-16