China telah memecahkan 2 rekod dunia menerusi persembahan dron yang mereka cipta sendiri sebelum ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh Guinness World Records.

Persembahan dron itu dibuat di Shenzhen China. Ianya telah menjadi satu peristiwa ikonik.

Sebelum ini China mencipta rekod melakukan persembahan dron melibatkan 8,000 unit dron. Dan semalam, laporan menyebut bahawa mereka melakukan persembahan dron dengan melibatkan 10,000 unit dron. Menjadikan ianya rekod dunia baharu sebagai persembahan dron terbanyak.

Satu lagi rekod adalah, rekod untuk janaan imej di udara terbanyak oleh dron.

Persembahan itu memukau rakyat China dan kemudian memukau netizen yang melihat rakaman video dikongsikan di media sosial.

Ada yang menganggap Dron akan menjadi seni persembahan yang baharu selain daripada persembahan bunga api.

Persembahan dron itu dibuat bersempena dengan Hari Kebangsaan China 2024. Ia  memaparkan beberapa simbol dan mercu tanda di China dengan susunan secara visual yang menarik.

Ianya turut menarik perhatian Elon Musk yang menganggap persembahan itu sebagai mengagumkan.

Namun seorang netizen barat menganggap ini petanda tidak bagus ke atas keamanan dunia. Kerana dron itu boleh dibangungkan menjadi senjata peperangan.

Pandangan itu dibidas oleh netizen yang lain: “Tipikal orang Amerika. Apa sahaja perkara orang buat akan menjadi ancaman perang di mata mereka. Sedangkan mereka yang paling banyak menyerang negara orang.”