China hantar pulang Boeing yang mereka tempah baru baru ini. Laporan Reuters menyenbut, sebuah pesawat Boeing yang dijadualkan untuk dihantar ke China dilaporkan berpatah balik ke Amerika Syarikat pada hari Jumaat.

Ianya diambil daripada data penjejakan penerbangan, sekali gus menggambarkan ketegangan perang perdagangan yang semakin meningkat antara Beijing dan Washington,

Tindakah China hantar pulang boeing memberikan tamparan hebat kepada Boeing dan kerajaan AS itu sendiri.

Pesawat tersebut adalah salah satu daripada beberapa buah jet yang sedang menunggu kerja akhir dan untuk penghantaran kepada syarikat penerbangan China di pusat untuk kerja akhir  Boeing di Zhoushan, China.

China hantar pulang Boeing dan kenakan sekatan

Kepulangan semula jet ini dilihat sebagai kesan terbaru gangguan terhadap penghantaran pesawat susulan perubahan dalam status bebas duti industri itu yang telah berdekad lamanya.

Beberapa pesawat 737 MAX baharu dilaporkan telah dihantar dari kilang Boeing di Seattle ke Zhoushan pada bulan Mac, sebagai persediaan untuk operasi penghantaran biasa – sebelum Presiden AS Donald Trump mengumumkan tarif baharu pada 2 April.

china as

Namun, pada hari Jumaat lalu, salah satu pesawat dalam kumpulan awal itu telah berlepas semula ke wilayah AS di Guam, yang biasanya menjadi persinggahan penerbangan merentasi Lautan Pasifik. Dan laporan radar menunjukkan ia menuju semula ke Seattle.

Boeing enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut buat masa ini. Tindakan China hantar pulang Boeing ini memberikan isyarat jelas pendirian negara itu.

Penerbangan sejauh 5,000 batu kembali ke kilang utama Boeing berlaku ketika perniagaan syarikat itu di China kini berada di bawah pengawasan kerajaan akibat pertikaian tarif.

Laporan Bloomberg menyatakan bahawa China telah melarang semua aktiviti import pesawat Boeing sebagai sebahagian daripada konfrontasi yang semakin memuncak terhadap tarif “resiprokal” yang dikenakan oleh Presiden Trump.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada kerajaan China atau media arus perdana negara itu. Namun, sumber industri penerbangan menyatakan bahawa walaupun tiada arahan rasmi, tarif balas dari Beijing, namun China secara efektif menghalang import pesawat AS.

Menurut seorang sumber industri, Boeing dan para pembekalnya kini sedang memikirkan langkah lain. Dan mereka sebelum ini memang sudah menjangkakan bahawa penghantaran ke China akan dihentikan buat sementara waktu.

hantar pulang boeing

Laporan dari The Air Current turut menyatakan bahawa sebuah syarikat penerbangan China telah membatalkan perjanjian penyewaan pesawat Boeing.

Sumber turut menyatakan bahawa terdapat perbincangan untuk meninggalkan pesawat-pesawat yang belum dihantar itu di kawasan bonded storage, bagi mengelakkan ia secara rasmi diimport dan dikenakan tarif.

Perang tarif yang berterusan ini berlaku ketika Boeing baru sahaja mula pulih daripada pembekuan import 737 MAX selama hampir lima tahun.

Kilang kerja penyiapan pesawat Boeing di Zhoushan, yang dibuka pada tahun 2018, sebelum ini telah ditubuhkan semasa ketegangan perdagangan awal dalam pentadbiran Trump beberapa tahun lalu.

Walaupun Boeing tidak memasang pesawat sepenuhnya di China seperti pesaingnya Airbus, pembukaan kilang itu adalah sebahagian daripada strategi untuk memperkukuhkan lagi kehadiran dalam salah satu pasaran penerbangan terbesar dunia.

Menurut laporan Bloomberg, Beijing juga dilaporkan telah meminta syarikat penerbangan tempatan menghentikan pembelian alat ganti pesawat buatan AS. Namun, beberapa sumber industri menyatakan tiada larangan rasmi dikenakan, dan tiada masalah besar dalam mengimport alat ganti dari Amerika Syarikat setakat ini.

Perubahan dasar tarif yang tidak menentu dijangka boleh menyebabkan banyak penghantaran pesawat tergantung, dengan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan menyatakan mereka lebih rela menangguhkan penghantaran daripada membayar duti import yang tidak masuk akal.

China sebelum ini mewakili satu perempat daripada jumlah penghantaran Boeing, tetapi angka itu telah menurun akibat krisis keselamatan 737 MAX.

Kemudian berlaku konflik perdagangan dan kesan pandemik COVID-19. Data terkini menunjukkan terdapat 130 pesanan belum dipenuhi dari syarikat penerbangan dan penyewa berpangkalan di China, dengan sejumlah besar daripada 760 lagi pesanan belum dinamakan dijangka turut ditujukan untuk pasaran China.

Namun begitu, penganalisis menjangka bahawa penghentian sementara penghantaran ke China tidak akan memberi impak besar dalam jangka masa pendek, kerana Boeing boleh memenuhi keperluan syarikat penerbangan lain dan Airbus pula kekurangan kapasiti tambahan.