China henti sepenuhnya pembelian gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat selepas mengenakan tarif sebanyak 15% ke atas import LNG bermula 10 Februari lalu, menurut laporan The New York Times.
Data menunjukkan bahawa China semakin menjauhkan diri daripada ekonomi Amerika Syarikat. Menurut data perkhidmatan kastam China, import LNG dari AS telah pun merosot ke tahap yang sangat rendah antara November hingga Januari.
Dan pada pada masa yang sama, China dilaporkan telah meningkatkan lagi import LNG dari Rusia. Kini akibat tarif gila dibuat Trump, China henti sepenuhnya pembelian gas asli cecair daripada negara Uncle Sam itu.
Sejak tahun lalu menghantar empat kali ganda lebih banyak gas berbanding AS. Hanya dua kapal LNG dari AS sedang dalam perjalanan ke China ketika tarif dikenakan.
Rusia mendapat manfaat di tengah tengah perang dagang AS-China
Salah satu kapal sempat tiba dan memunggah muatan sebelum tarif berkuat kuasa, manakala satu lagi diarahkan berpatah balik semula ke Bangladesh bagi mengelak dikenakan duti.
Syarikat tenaga Belgium, Kpler, turut mengesahkan pergerakan ini dalam data penjejakan mereka. Menandakan bahawa China henti sepenuhnya pembelian gas asli cecair dari AS.
Langkah ini berlaku ketika Eropah memboikot gas Rusia selepas pencerobohan Ukraine pada tahun 2022.
Akibatnya, Rusia menjual gas pada harga rendah, memberi peluang kepada syarikat China untuk membeli gas murah berbanding dengan harga tinggi dari negara lain termasuk AS – menurut laporan MSN.
China henti sepenuhnya beli LNG dari AS
Sebelum ini, eksport LNG oleh AS ke China melonjak selepas perjanjian perdagangan dimeterai antara Washington dan Beijing pada Januari 2020, yang termasuk komitmen China untuk meningkatkan pembelian gas asli dari AS — walaupun bukan semestinya untuk kegunaan domestik.
Namun, penghantaran merosot dengan mendadak pada tahun 2022 apabila AS mula mengalihkan bekalan gasnya ke Eropah, yang menawarkan harga lebih tinggi selepas Eropah menamatkan pembelian dari Rusia.
Menurut data kastam China, hanya 3% daripada import gas asli negara itu datang dari AS pada tahun lepas. Jadi, bukan satu masalah besar untuk China henti sepenuhnya pembelian LNG dari AS yang harga lebih mahal.
Ditambah dengan pilihan lebih baik dan murah dari Rusia.
Drama tarif 2 kuasa ekonomi dunia
Ketegangan perdagangan antara AS dan China terus memuncak sejak Presiden Donald Trump mula mengenakan tarif tambahan sebanyak 20% ke atas barangan dari China, yang kemudian dinaikkan lagi sebanyak 34%. Setiap kali China membalas dengan tindakan balas, Washington menaikkan tarif baharu.
Trump kemudiannya menaikkan tarif kepada 145% dan dalam masa yang sama mengumumkan penangguhan tarif selama 90 hari untuk barangan dari negara lain.
Sebagai tindak balas, China menaikkan tarif ke atas barangan AS sehingga 125%.
Terbaru, Rumah Putih mengumumkan bahawa tindakan balas tarif menyebabkan China kini menghadapi tarif import ke AS sehingga 245%.
Namun, pentadbiran Trump menjelaskan bahawa kadar ini hanya dikenakan ke atas produk tertentu dari China seperti kenderaan elektrik, barangan elektronik, dan beberapa barangan lain.