Pada awal bulan Januari lalu, China telah memperlihatkan prototaip kereta api laju (magnetic levitation/maglev) yang mampu mencapai kelajuan 600km/j kepada pihak media di ibu kota Chengdu, daerah Sichuan.

Terbaharu, maglev yang dibangunkan oleh China Railway Rolling Stock Corporation (CCRC) milik kerajaan telah dianggap sebagai kereta api terpantas di dunia dengan menggunakan teknologi ‘apungan’ di mana sepanjang landasan itu dilengkapi elektromagnetik yang membantu kereta api bergerak dengan laju.

Liang Jianying, Timbalan Pengurus Besar dan Ketua Jurutera CRRC Sifang, menyatakan kepada media negara China bahawa selain kelajuannya, kereta api tersebut mempunyai tahap pencemaran bunyi yang rendah dan memerlukan penyelenggaraan yang lebih sedikit berbanding kereta api berkelajuan tinggi yang lain.

Landasan maglev merupakan keutamaan China buat masa ini kerana mereka mahu menghubungkan lebih banyak bandar-bandar besar dengan kereta api laju untuk mengurangkan masa dan perbelanjaan penduduk negara tersebut.

Sebagai contoh, perjalanan sejauh 1,000km dari Beijing ke Shanghai hanya memerlukan masa 2.5 jam sahaja dengan menaiki kereta api berkelajuan 600km/j ini.

Menurut laporan CNN Travel, ada beberapa landasan maglev sedang di dalam pembinaan antaranya ialah landasan yang menghubungkan Shanghai dan Hangzhou, serta landasan dari Chengdu hingga ke Chongqing.

Walaupun negara China berhadapan dengan COVID-19, ia tidak menghalang mereka untuk membangunkan kereta api laju untuk rakyat negara tersebut.

China Berjaya Cipta Prototaip Kereta Api Dengan Kelajuan 620 km/j

Tiket Kereta Api Laju Jepun ‘Shinkansen’ Ditawar Dengan Separuh Harga Sehingga Tahun Depan

Sumber