China naikkan lagi tarif ke atas AS menjadi 125% semalam. Sebelum ini China memberikan respon kepada kadar tarif 84% dikenakan AS dengan mengenakan jumlah yang sama.
Terbaru, China telah mengumumkan bahawa kadar tarif ke atas AS adalah 125%. berkuatkuasa serta merta hari ini. China naikkan tarif yang dianggap akan memberikan kesan kepada AS dan ekonomi dunia.
BREAKING:
China announces it is raising tariffs on all American imports to 125%. pic.twitter.com/W9NmZAdEOw
— Globe Eye News (@GlobeEyeNews) April 11, 2025
China naikkan tarif sebab keangkuhan Trump
Sejak pengumuman Trump yang penuh ego ke atas negara lain terutamanya China berkaitan dengan tarif barangan yang masuk ke AS, negara itu mulai berdepan impak.
Tidak berdiam diri, China naikkan tarif ke atas AS pada kadar yang sama tinggi. Dan kemudian menaikkan lagi kepada 125% pula.
Amerika Syarikat turut merasai impak. Di mana beberapa saham utama mereka turut merosot. Pelabur mulai menarik pelaburan mereka kerana polisi Trump.
Sebelum ini AS menggantung terlebih dahulu tarif ke atas negara lain namun untuk China ianya dikuatkuasakan serta merta.
EU antara kesatuan yang memulakan langkah membalas balik polisi Amerika Syarikat. Di mana EU mendesak AS mempertimbangkan balik tarif yang dikenakan mereka.
China kini sudah meningkatkan lagi kadar tarif kepada 125%. Dengan alasan mereka yakin negara itu boleh ‘hidup’ tanpa barangan daripada AS.
Kerana China memiliki kemampuan untuk menghasilkan sendiri produk dan mengimport dari negara lain.
Misalnya, China sudah mengumumkan mereka tidak akan membeli kacang soya dari AS lagi, sebaliknya akan mengimport terus dari Brazil – menurut Bloomberg.
China juga sudah mengalihkan perhatian kepada beberapa negara lain untuk menggantikan beberapa barangan pertanian yang mereka beli dari AS.
Dan stok kacang soya dari AS yang sedang dijadualak menuju ke China kini berdepan dengan tarif yang tinggi daripada negara itu.
China mengingatkan AS bahawa mereka bukannya penguasa ekonomi dan perdagangan dunia.
Suruhanjaya Tarif Majlis China juga berkata: “Peningkatan tarif AS ke atas China adalah kesilapan demi kesilapan, yang secara serius melanggar hak dan kepentingan sah China, dan merosakkan sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan.”
Seorang rakyat AS berkata: “Perang tarif ini, yang sakitnya adalah rakyat yang tanggung. Syabas Trump berjaya membantu ekonomi Brazil pula.”
Rata rata pakar ekonomi di AS berpendapat, negara itu harus bersedia dengan kesan inflasi yang tinggi kerana tindakan Trump ini.
Trump menegaskan bahawa ada 75 negara yang sedang berunding dengan mereka untuk pengurangan tarif. Namun dia tidak menyatakan negara mana yang terlibat.