Jurucakap kepada Kementerian Luar China semalam menuduh kerajaan Amerika Syarikat mungkin bertanggungjawab membawa coronavirus ke bandar Wuhan, China – negara yang paling teruk terjejas di dunia selepas Itali, Iran dan Korea Selatan.
Semalam Organisasi Kesihatan Dunia telah mengeluarkan kenyataan bahawa COVID-19 telah diangkat sebagai pademik setelah 100,000 orang dijangkiti di seluruh benua kecuali antartika.
China sebelum ini menerima kecaman oleh tentera AS apabila mereka lambat bertindak untuk menangani isu ini yang pertama kali dikesan di Wuhan, akhir tahun lalu. Dalam masa yang sama, AS juga menuduh China tidak bersikap terbuka dalam isu COVID-19.
Walaubagaimanapun, Di dalam satu ciapan yang dibuat di dalam bahasa Inggeris di laman Twitter jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata bahawa AS sebenarnya yang tidak bersikap terbuka.
“Berapakah bilangan orang yang dijangkiti? Apakah nama-nama hospitalnya? Mungkin tentera AS yang membawa wabak itu ke Wuhan.” Kata beliau.
2/2 CDC was caught on the spot. When did patient zero begin in US? How many people are infected? What are the names of the hospitals? It might be US army who brought the epidemic to Wuhan. Be transparent! Make public your data! US owe us an explanation! pic.twitter.com/vYNZRFPWo3
— Lijian Zhao 赵立坚 (@zlj517) March 12, 2020
Zhao merupakan pengguna Twitter yang tegar tidak menunjukkan apa-apa bukti bahawa AS sebenarnya yang bertanggungjawab.
Terdahulu, jurucakap kementerianya, Geng Shuang turut sependapat dengan Zhao apabila beliau mengkritik pegawai AS kerana memberi komen yang tidak bermoral dan menyalahkan Beijing secara total di atas segala kekacauan yang berlaku.
Beliau menyatakan komen dari AS itu tidak langsung membantu Beijing dalam menangani wabak ini yang telah membunuh lebih 4,000 orang di seluruh dunia.
“Kami berharap bahawa beberapa pegawai di AS pada masa ini akan menumpukan tenaga mereka untuk bertindak balas terhadap virus itu dan mempromosikan kerjasama, dan bukannya menyalahkan China.” Katanya.
Coronavirus mula muncul pada bulan Disember tahun lalu di Wuhan dan sekitar wilayah Hubei. Namun sejak kebelakangan ini, kes di luar China di lihat semakin meningkat dengan Itali telah mencatatkan angka tertinggi kematian berbanding negara lain.
Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, sila klik pautan di bawah.
Saintis Cari ‘Volunteer’, Upah RM19,000 Jika Sanggup Dijangkiti Coronavirus
Indonesia Tidak Tahu Punca Kematian Pesakit Disebabkan COVID-19 Atau Penyakit Lain
‘Rahsia’ Makanan Berusia 1,000 Tahun Lalu Kembali Popular Gara-Gara COVID-19