China kembali menegaskan bahawa pandemik COVID-19 yang berlaku sejak 2020 adalah berpunca dari Amerika Syarikat.

Ini merupakan kenyataan balas selepas presiden Amerika, Donald Trump menegaskan kebocoran sebuah makmal di China menjadi punca utama COVID-19 boleh tersebar ke seluruh dunia.

Baca Juga:

Menurut Buku Putih yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan iaitu Xinhua, Amerika dianggap sengaja menjadikan pandemik COVID-19 sebagai satu isu politik.

China
Gambar Hiasan/Berita Harian

China Tuduh Amerika Syarikat

“China berkongsi maklumat yang relevan dengan WHO dan komuniti antarabangsa tepat pada masanya.

“AS tidak seharusnya terus memekakkan telingan dan berdiam diri, tetapi harus bertindak balas terhadap kebimbangan sah masyarakat antarabangsa.

“Bukti besar menunjukkan COVID-19 mungkin muncul di Amerika Syarikat lebih awal daripada garis masa yang dituntut secara rasmi, dan lebih awal daripada wabak di China,” dipetik dari Buku Putih.

China
Sumber: Heute

White House melancarkan laman web Covid-19 pada 18 April di mana kerajaan Trump turut mengkritik bekas Presiden Joe Biden, bekas pegawai kesihatan tertinggi AS Anthony Fauci dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

CIA berkata pada bulan Januari wabak itu lebih berkemungkinan muncul dari makmal di negara Asia itu berbanding dari alam semula jadi, selepas agensi itu selama bertahun-tahun mengatakan ia tidak dapat membuat kesimpulan mengenai perkara itu.

Ia berkata ia mempunyai “keyakinan rendah” dalam penilaian baharunya dan menyatakan bahawa kedua-dua asal makmal dan asal semula jadi kekal munasabah.