Central Intelligence Agency (CIA) atau Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (AS) berkongsi sekeping gambar memaparkan tiga keping duit syiling Malaysia di akaun X agensi tersebut.

Hantaran ini nyata menimbulkan persoalan di kalangan netizen dimana ketiga-tiga syiling itu mempunyai lakaran yang sukar untuk difahami.

Baca Juga:

Terdapat lakaran orang lidi serta tanda S di kepala di duit syiling 20 sen, duit syiling 10 sen dengan tulisan yang tidak difahami selain duit syiling 5 sen dengan tapak kaki haiwan.

Kenyataan Dari CIA Mengenai Syiling Malaysia

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh badan itu, syiling tersebut merupakan barang yang ditinggalkan di patung Nathan Hale.

CIA
The seal of the Central Intelligence Agency Photo: Olivier Douliery/Consolidated/Pool/dpa (Photo by OLIVIER DOULIERY / dpa Picture-Alliance via AFP)

Hale dianggap sebagai “pegawai perisikan pertama” Amerika yang dihukum mati pada 22 September 1776 ketika berusia 21 tahun.

“Muzium CIA secara berkala mengumpul semua wang yang ditinggalkan di patung Hale.

CIA
Nathan Hale Statue

“Ia didermakan kepada Yayasan Memorial Pegawai dan Yayasan Pilihan Ketiga untuk membantu pegawai yang cedera dan keluarga mereka serta keluarga pegawai yang terkorban.