Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B terbuka berkongsi di mana dia pernah membuat perbelanjaan lebih RM1 juta sebulan.

Datuk Seri Vida meminta anak anaknya berkongsi jumlah wang dalam akaun mereka.

Baca Juga:

Pada awalnya Cik B dan anak lelaki Vida, Kacak menunjukkan akaun semasa Anak Datuk Vida.

Cik B menunjukkan baki semasa RM31.40. Dan Kacak RM12.34.

Datuk Vida tergelak melihat jumlah wang dalam akaun anaknya. Namun sebenarnya itu hanyalah screenshot lama. Lalu Datuk Vida meminta gambar terbaru.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menunjukkan bahawa pada Julai dia berbelanja RM1,194,933.86, itu hampir RM1.2 juta.

Terkejut Datuk Vida melihat sambil berkata: “Cik B spend RM1 juta, aiyoo.”

Pada Ogos Cik B dilihat membelanjakan RM588.194.30.

Seterusnya pada November lalu dia berlanja RM23,450.17.

Datuk Vida kemudian tertanya tanya macamana perbelanjaan Cik B boleh sampai RM1 juta sebulan: “Banyaknya membeli, apa benda la yang dia beli.”

Pada kapsyen di video tersebut, Datuk Vida memberitahu pengikutnya, Cik B lebih kaya dari mama sebab membuat bisnes salmon skin.

“Anak mama lagi kaya dari mama sekarang, hasil jual salmon skin ke tu,” tulis beliau di TikTok.

Walaupun Cik B terbuka berkongsi rumusan perbelanjaan bulanannya, namun Kacak lebih tertutup tentang perkara itu.

Menurut Kacak, dia lebih suka menyimpan berbanding dengan berbelanja.

@datoserividaofficial

Oloh anak mama lagi kayo dari mama loni 😱 hasil jual salmon skin ke tu @cikb_havoc66 @KACAK WORLD #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #salmonskincikb #masukfypdong #masukfyppls #fypシ゚viral #foryoupage #masukberandafyp #fypage #gelakdsv

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Di ruangan komen netizen mengusik Datuk Vida, ada yang bertanya berapa wang hantaran untuk Cik B, kerana berminat nak lock tempat.

Cik B Tayang Jumlah Perbelanjaan Lebih RM1 Juta Sebulan

Netizen turut rasa macam tak percaya tengok reaksi Datuk Vida melihat anaknya berbelanja RM1 juta seolah olah sedang melihat anaknya berbelanja RM100.

Cik B Tayang Jumlah Perbelanjaan Lebih RM1 Juta Sebulan